Wednesday, 17 July 2013

Pre-Menstrual Syndromes (PMS) : Cara Menanganinya dengan Herba Maharani

Diari hidup wanita yang sarat dengan pelbagai tanggungjawab, tugasan and events menuntut lebih daripada kesabaran, kecekalan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Kesibukan wanita dalam menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya, diri sendiri, dan masyarakat sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi dan kesihatan wanita.

Antara masalah kesihatan yang biasa di alami adalah tekanan, sakit kepala, sakit badan, tidur tidak lena dan kerisauan yang tak menentu. Tambahan pula, keghairahan memburu impian serta gaya hidup yang tidak sihat adalah antara factor yang memburukkan lagi keadaan sehingga mengganggu kesejahteraan dan kesihatan wanita.


Pre-menstrual syndromes (PMS) yang menganggu kehidupan dan kesihatan wanita. 

PMS selalu dianggap normal dan tidak berbahaya. Maka tidak hairanlah, ramai wanita tidak bersungguh-sungguh untuk menangani gejala tersebut. 

Tambahan pula, salah satu punca gejala tersebut adalah perubahan hormone yang tidak dapat dikawal yang berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang.

Malangnya, kita tak dapat mengubah gaya hidup dalam masa yang singkat untuk menyeimbangkan hormone dan seterusnya menghapuskan gejala ini.

 Antara kesan negative yang biasa dialami akibat gejala ini adalah perubahan emosi atau "mood", payudara tidak selesa, mengidam sesuatu makanan, kelesuan, kerisauan dan kemurungan. 

Hampir 75% wanita mengalami gejala PMS terutamanya wanita yang berumur antara 20-35 tahun.

Perubahan fizikal dan emosi semasa gejala ini berlaku biasanya berubah dari bulan ke bulan bergantung kepada individu tersebut. Antara gejala yang biasa dialami adalah :

Perubahan tingkah-laku dan emosi:
  • Kerisauan atau kebimbangan
  • Kemurungan
  • Suka mengeluh
  • Perubahan emosi (mood swings) dan cepat marah
  • Perubahan selera makan
  • Tidur yang tidak lena (insomnia)
  • Kurang focus
  •  
Tanda-tanda fizikal :
  • Sakit sendi dan otot
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Pertambahan berat badan akibat water retention (penakungan air)
  • Pembengkakkan badan
  • Payudara tidak selesa
  • Kemunculan jerawat
  • Sembelit atau diarrhea


Walau bagaimanapun, dianggarkan 10% wanita mengalami masalah sakit puan berkaitan haid yang kronik, antaranya :

  • Dismenorea
    • Adalah kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan ringan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan diikuti oleh rasa mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening.

    • Masalah dismenorea dikelaskan kepada primer atau sekunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot Rahim yang disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku akibat masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian Rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

  • Menoragia
    • Adalah pendarahan yang banyak semasa haid. Ia menimpa 9-14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah yang lain. Walaupun pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak, namun ia tidak berbahaya kepada wanita yang mengalaminya. Walaupun begitu, wanita perlu berjumpa doctor sekiranya pendarahan berlaku pada waktu bukan haid ataupun semasa mengandung.

  • Amenorea
    • Merupakan masalah tidak didatangi haid (primer) atau kurang didatangi haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak didatangi haid selama lebih tiga bulan.Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan didatangi haid pada usia 18 tahun. Is biasanya dikaitkan dengan kegagalan fungsi kromosom, pituitary, ataupun ovary. Pesakit yang mengalami primer dan sekunder perlu berjumpa doctor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh kehamilan, penyusuan badan, menopaus dan pemberhentian pil perancang keluarga. Faktor penyebab lain adalah gangguan pada bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjar pituitary, kelenjar adrenal, ovary dan uterus.

  • Pendarahan dan kesakitan semasa bukan waktu haid:
    • Berlaku di antara waktu kitaran haid dan terjadi selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan dan pendarahan mungkin berlaku serentak. Terdapat hubungan antara kesakitan antara waktu haid, pendarahan dan ovulasi (penghasilan telur). Ramai wanita mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat diantara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Sekiranya masalah ini berlarutan dan menjadi semakin teruk (melebihi dua hari), penghidap perlu mendapatkan rawatan doctor.

Walaupun punca sebenar PMS belum dapat dikenalpasti, namun terdapat  beberapa factor yang mungkin menjadi penyebab gejala ini :

  • Perubahan kitaran hormone
    • Gejala awal haid berubah mengikut perubahan hormone dan akan hilang apabila wanita itu mengandung atau putus haid.

  • Perubahan tindak balas kimia dalam otak
    • Perubahan tindak balas kimia dalam otak yang dikenali sebagai serotonin boleh mempengaruhi perasaan atau mood seseorang. Serotonin adalah neurotransmitter (penyampai saraf) yang memainkan peranan penting dalam cetusan perasaan gembira dan ceria. Kekurangan bahan kimia ini akan menyebabkan kemurungan, keletihan, kekeliruan, makan berlebihan dan sukar tidur lena.

  • Kemurungan sedia ada
    • Sesetengah wanita mengalami gejala PMS mengalami tahap kemurungan yang serius tanpa disedari oleh orang lain. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah kronik ketika kedatangan haid.

  • Tekanan
    • Tekanan akan memburukkan lagi gejala-gejala yang berkaitan.

  • Pemakanan yang tidak sihat
    • Gejala awal haid mungkin disebabkan oleh kekurangan bekalan vitamin dan mineral dalam pemakanan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (sodium) akan menyebabkan penakungan air,manakala pengambilan alcohol dan minuman yang mengandungi kafein akan menyebabkan perubahan mood dan menurunkan tahap tenaga.

CARA MENGATASI GEJALA PMS
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang masin atau tinggi kandungan garam untuk mengelakkan daripada terjadinya pembengkakkan badan.

  • Memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti serat, bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, keju, dan makanan yang ditapaikan. Bagi mereka yang vegetarian, ambillah suplemen kalsium sebagai makanan tambahan.

  • Elakkan minuman bergas dan yang mengandungi kafein

  • Aktiviti bersenam akan meningkatkan kesihatan badan serta mengurangkan tahap kesakitan dan kemurungan yang diakibatkan oleh gejala PMS.

  • Kurangkan tekanan melalui rehat dan amalkan cara-cara berkesan dalam mengawal emosi.

  • Amalkan pengambilan suplemen seperti ubat-ubatan herba dan pil-pil suplemen bagi menyelaraskan hormone dalam tubuh. Sebagai makanan kesihatan yang dipercayai oleh Maharani China disamping hasil kajian terhadap 5,000 wanita di seluruh dunia, Herba Maharani mampu mengatasi masalah kesihatan berkaitan haid, selain meningkatkan kesejahteraan wanita,



 MYR 98.00 / box
(Tidak termasuk postage)


To purchase herba Maharani, 

SMS or WA me at 013-3011330

Loves,
Wanie/Saff



No comments:

Post a Comment