Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah :)

Alhamdulillah..

Ramadhan datang lagi :) Bersyukur Allah still bagi kesempatan untuk Saf and kawan-kawan semua berjumpa lagi dengan bulan yang penuh barakah ni :)
 
Jom ikut sunnah and amalan Rasulullah saw di bulan Ramadhan :)
 
Semua orang tau, masa bulan Ramadhan ni, semua syaitan di ikat and syaitan tak boleh nak ganggu manusia untuk beribadat kepada Allah. So, kalau kita malas nak solat or tambah amalan dunia and akhirat, itu bukan keje syaitan tau. Itu maknanya you all tak berjaya lawan nafsu "PEMALAS" tu. Wallahualam.

Tapi cuba kita fikir dari sudut yang lebih besar. Betapa Allah sayangkan kita, sampai diikatnya syaitan supaya tak kacau kita untuk doublekan pahala kita di bulan puasa. SubhanaAllah :) So, jom grab peluang ni sebaik-baiknya k?

Subhanallah... banyaknya ganjaran Ramadhan :)

 

Masa bulan puasa ni, bukan masa nak tambah or cukupkan credit hour TIDO ye


Saf nak wish everyone Selamat Berpuasa and semoga amalan baik yang kita buat sepanjang Ramadhan nih akan berkekalan sampai hujung nyawa :) Anggaplah bulan puasa ni as a training month for us to be a better muslim than before :)

Lastly, masa berbuka puasa tu, jangan sampai membazir makanan k? Kawal nafsu bila pegi bazar Ramadhan nanti. Cuba bayangkan kalau makanan yang banyak tu akhirnya masuk tong sampah? Membazirkan? Just imagine saudara muslim kita yang tengah kelaparan dekat bumi Palestine or dalam Malaysia sendiri..confirm kita takkan membazir makanan. Ingat tau, bulan puasa bukan bulan pesta makanan. Bulan Ramadhan is a pesta tambah amal ibadat :)



p/s : Korang dah ade idea nak masak ape petang nih? Hmmmm Saf tengah dok pk lagi nih..Jap lagi nak pegi market jap tengok ape yang best nak masak for berbuka petang nanti :)

Selamat berpuasa semua! :))

Loves,
Wanie / Saff

No comments:

Post a Comment