Friday, 11 July 2014

Tabung Kecemasan Gaza : AMAN Palestin

Ya Allah tak sanggup nak tengok semua gambar dan video on what is happening now in Gaza..Lindungi saudara-saudara Islam kami di Gaza, Ya Allah! :( 
This morning Saf ternampak satu artikel mengenai Gaza..Bayangkan betapa "kuat" dan "berani"nya mereka menghadapi tentera Zionis di sana..mereka masih boleh tersenyum! Allahuakbar sebaknya :( Ape perasaan you all kalau you all terbaca nih " Bersahur di dunia, Iftar di Syurga." ? Allahuakbar! SubhanaAllah! 
Jom kawan-kawan, the very least we can do selain berdoa for them is to contribute some money, etc to our Muslim brothers and sisters in Gaza melalui Tabung Kecemasan Gaza, Aman Palestin.

Cara menderma melalui SMS

atau

boleh bank-in kan sumbangan anda direct kepada salah satu account bank di bawah :

BIslam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922



For more updates on Tabung Kecemasan Gaza, Aman Palestin please liked them via Facebook at https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial



xoxo,
Saff :)

Wednesday, 9 July 2014

Mufti Ismail Menk : Ramadhan 2014 Tazkirah at Masjid Besi Putrajaya.

Did you know that every night after Terawih, Mufti Ismail Menk will give tazkirah for 30 minutes at the Masjid Besi Putrajaya?

I wanted to go there so bad to listen to his tazkirah..and SubhanaAllah, Allah hear me out and I found this link this morning  I feel it is good to share it here so that everyone can get some benefit from his tazkirah  

Click the link and choose "Ramadhan 2014" 





Islam is soooooo sooo beautiful 



xoxo,
Saff :)

Kisah Makcik Penjual Tempe - Sangat Menginsafkan!

 Image from google


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya
belum masak lagi.


Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini.”


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan olehAllah…


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Allah

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat.

( Credit to Khairun Najah binti Ahmad Baker)

xoxo,
Saff

Pengumuman Penting : Pos Laju Sempena Aidilfitri 2014

Morning peeps!  :)

Message ni PENTING untuk online shopper and online business owner like me :) So, dearest kindly take a note on this Pos Laju Announcement for Aidilfitri 2014 ya!



So, latest payment you all kena buat is on the July 21st, 2014 to make sure you guys receive the items before raya :)

xoxo,
Saff :) 


Tuesday, 8 July 2014

This Girl Is On Fire

I listened to this song over the radio while I was driving this afternoon andddd now it has been stucked in my head! 

Can't stop singing the lyrics! *-*

Bila dengar lagu ni, tibe-tibe rasa "strong"..hahahah 

 This is one of the songs that I will listen to, when I feel a little bit "down" in the PAST..but yeahhhh it has PASSED and now let's embrace the memories...hahahah just kidding! I just love Alicia's voice sooo much! So this is one of my favourite :)

Let's get stucked together! :)




She's just a girl, and she's on fire
Hotter than a fantasy, lonely like a highway
She's living in a world, and it's on fire
Feeling the catastrophe, but she knows she can fly away

Oh, she got both feet on the ground
And she's burning it down
Oh, she got her head in the clouds
And she's not backing down

(Chorus)
This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

(Verse 2:Alicia Keys)
Looks like a girl, but she's a flame
So bright, she can burn your eyes
Better look the other way
You can try but you'll never forget her name
She's on top of the world
Hottest of the hottest girls say

Oh, we got our feet on the ground
And we're burning it down
Oh, got our head in the clouds
And we're not coming down

(Chorus)

(Verse 3:Alicia Keys)
Everybody stands, as she goes by
Cause they can see the flame that's in her eyes
Watch her when she's lighting up the night
Nobody knows that she's a lonely girl
And it's a lonely world
But she gon' let it burn, baby, burn, baby

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Oh, oh, oh...

She's just a girl, and she's on fire

xoxo,
Saff :)


Multi Level Marketing aka MLM Penipu !!!

MLM dalam Organization Chart Office You All :)

Kalau org kata MLM/NETWORKING menipu baik balas gini.
Jendol: Aku tak suka MLM...piramid...untungkan org atas je...tipu je lebih
Amin: kalau gitu ko jangan kerja la

Jendol: Nape lak
Amin: Ko dalam dunia MLM la tu? 
Jendol: Mana ada MLM dalam makan gaji
Amin: Ko jawab soalan aku dulu. Tokey ko berapa org?

Jendol: Tokey aq sorang la..
Amin: Manager?
Jendol: Ada 3 org department berbeza

Amin: supervisor?
Jendol: Ada ramai gak dalam 10 -20 org
Amin: Pekerja mcm ko?
Jendol: Ada dlm 200 org

Amin: Dah tu ko pikir??? 
Jendol:??? (hati bengkek jer) perbualan terhenti seketika..
Amin: Kat kilang ko sape gaji paling besar?
Jendol: Tokey kilang la

Amin: ko kerja kat situ boleh kaya macam tokey kilang tu?
Jendol: Tak boleh la

Amin: Itu bezanya dengan bisness MLM networking...sapa rajin dia lah yg kaya...kalau aku upline ko pun tp mls buat kerja dan ko buat kerja sungguh2 konfem lah ko bnyk duit berbanding aku. Lagi satu ko kena faham. Mlm tu multilevel marketing yg diiktiraf diseluruh dunia.
Ramai org biasa menjadi luar biasa sebab belajar untuk berubah bukan asyik kondem dan beri alasan jer. MLM tak tipu org...yang tipu org dan buat ramai negatif tentang MLM adalah org yg tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri. MLM konvensional tak boleh buat org biasa jd kaya dan berjaya.

MLM networking kini sebaliknyer lain kali belajar ilmu nyer dulu sebelum kondem mcm2 sbb yg rugi nnt diri ko sendiri.

Moral: Belajar dan cari ilmu baru bercakap. Cakap takde ilmu ibarat tin kosong. Bila diketuk bunyinyer lebih tapi isi tarak...langsung tak blh pakai

P/s: Berapa ramai yang MAKAN GAJI SAHAJA yg jd jutawan yek? Hihihi

Premium Beautiful Corset : Terpaksa Hilang 6cm Pada Puasa Hari Kesepuluh Puasa!

Terpaksa hilang 6cm aka 2 inches pada hari kesepuluh berpuasa! Ni semua gara-gara Premium Beautiful! Melampau betul premium beautiful ni sebab terpaksa lah beli baju baru untuk raya nanti! :)

Bukan nak cakap ape..tapi just nak share from my own experience. This year Ramadhan memang amazing sangat sebab makan nasi segenggam jer! Sampai my mom and my sis cakap "BAIK TAK PAYAH MAKAN MACAM TU." Hahahah don't get them wrong..They just want me to eat as usual. But its not that I don't want to eat more as usual, it just that I just can't take more rice even satu senduk! Seriously dulu memang rasa nasi segenggam tu sangat ridiculuous! But now, it is something that DOABLE and ok jer pun..tak rasa lapar macam yang Saf imagine. 

Plus, I want to follow sunnah Rasulullah SAW..1/3 is for food, 1/3 for water and another 1/3 untuk udara. Ini bukan 1/3 sukatan dekat pinggan makan kita yer you all...ni 1/3 dari size perut kita :) Lagi pulak nanti kalau makan banyak-banyak, nak solat pun susah sebab perut tu berat sangat! No, I don't want that to be happened especially during this holy month.

So, here to share with you my own fasting experience this year..

During Sahur :
- WAJIB makan. Sebab kalau tak makan, badan akan jadi lemah and dapat pahala tau kalau siapa yang bangun sahur :)
- Saf wajib minum MINERAL COFFEE, makan segenggam nasi, makan 3 biji kurma Mariami and 2 gelas plain water to keep me hydrate whole day.
- and yup I'm done for sahur. 

During the day :
- Wearing PREMIUM BEAUTIFUL CORSET after Subuh Prayers until Asar's Prayer like that. At least 8 hours per day!


During Iftar / buka puasa :
- I will break fast with Kurma Mariami, MINERAL COFFEE and segenggam nasi with fish/chicken/beef and lots of vegies.
- Dessert is a must to stay sweet gitu..hahahah 

After Terawih :
- I will mix Alfalfa Biovelocity Concentared and Garam Buluh Premier Drink for body detoxification and Alhamdulillah bila minum Alfalfa and Garam buluh ni, memang badan rasa ringan and tak letih bila bangun sahur :)


Harini adalah hari ke sepuluh kita berpuasa and I still and will continue the same routine that I have shared with you guys in here :)

and

-
-
-
-
-
the result after 9 days of fasting with this routine is 
-
-
-
-
-
-
I have lost 2 inches!! Yeayyyyyy because I know that I'm getting my old waist! :)
26 - 27 inches is my target and you can do it dear! :)


That's a lot for me since I don't have an opportunity to exercise during this fasting month and in fact it tooks only 9 days to lose the 2 inches! And if I continue the regime until Ramadhan 30th, I believe that I can lose up to 6 inches!!! Oemmgeeee that is totally HUGE transformation for me! hahaha but first I need to stay istiqamah :)

Used to have that leg and that slimming face..and I'm working on it!

Owh just nak share actually those yang nak start your healthy diet, Saf highly recommend you guys to wear Premium Beautiful ni, sebab it helps you taking the right portion while you are eating. Plus Premium Beautiful ni memang membantu sangat untuk tingkatkan kadar metabolism kita which it helps to burn calories faster :)

I'm giving out a cash discount up to RM400 for those who are interested in getting your Premium Beautiful Set :)
(Applicable for Premium Beautiful Cash Buyer ONLY :)

For free consultation and fitting, I am reachable via Whatssap at

 013-3011330.


xoxo,
Saff :)


Monday, 7 July 2014

How to Make Mondays More Enjoyable! :)


Image  from Mr. Google


Monday? Urghhh.To some people, Monday is a just another blessing and it is totally FINE with them. However, to most of us, Monday will be fine ONLY if it is a public holiday on they are on vacation...am I right?? Monday is a sign of the end of the fun weekend and the start of a stressful work week, with five more whole days until we see the freedom of the weekend again. Despite any bad feelings, however, there are some ways we can change our mood when that dreadful day approaches.


1. Change Your Mindset
Ease into the work week with a more relaxed approach on Monday to make the rest of the week more productive. Mondays should not be looked at as a productive day. There is no reason to make a sales pitch, do any cold calling or have a difficult conversation. Use the day to catch up on emails, return phone calls and define your goals for the week.
Before you end your work week on Friday, write a to-do list for Monday so that you already have everything in place for the following week. This way, you won’t carry any burden over the weekend about things you didn’t get done, knowing that you’ve got a plan to tackle them first thing on Monday morning.

2. Do Things Differently
Shake things up on Monday morning. Yes, most people are running around and feeling rushed – it’s so hard to get out of bed on Monday morning, isn’t it? But, take an extra ten minutes to read a book in the morning, do yoga or meditate, or sit outside and watch the sunrise with your cup of coffee. Starting your day this way will make you feel so much more relaxed and motivated to start the week.

3. Have Midweek Fun
The weekends don’t have to the be only time you have fun with friends and family. Plan a movie night or dinner out midweek. Knowing you have something to look forward to in a few days, rather than in 5 or 6, will help Monday come much more easily.

4. Healthy Habits
Resist the urge to sleep in over the weekend – it only makes getting up on Monday morning that much harder. Drink plenty of water and eat a healthy diet. By doing all of these things over the weekend, you are less likely to experience that energy crash on Monday.
Most of all, stop telling yourself you hate Mondays. Just changing your mindset will help reclaim a day of the week that starts off a whole week full of potential.




Last but not least, today will pass too dearest! Just set your mind that today is gonna be a GREAT, AWESOME and AMAZING Monday! :)

Live Life You Deserve,

xoxo,
Saff :)





Sunday, 6 July 2014

Top Leaders Circle (TLC) : Generate Extra Thousands With TLC!

Interested in setting up your business and looking for an opportunity to generate extra pocket money?

But,

You have a lot of questions and 'fears" such as :
- Where to get the supplies and who will be the supplier?
- Who going to purchase the products?
- What are the types of products that I should been selling?
- What will be needed to set up the business?
- Who do I need to refer to if I have a problem related to my business?
- How to fully utilize social media such as Facebook, Instagram, Blog, etc to market my products and services?
-
-
-
-
-

and the list goes on and on...

Enough and Stop it! 

Why scratching your head and think about something that we can think for you? :)

Don't worry and be happy because, in Top Leaders Circle (TLC), we have the solutions to all your "HOW" questions and worries :)

Join us in Top Leaders Circle (TLC) TODAY and we are more than happy to help and guide you to set up your own business empire  :)

For more details on how to be a part of us, 

Contact me NOW at :
013-301133 


Top Leaders Circle with CDM Azlan Deraman during the Leaders Seminar 


Loves,
Saff :)


Friday, 4 July 2014

Top 10 Attractions Must See in Austria : Arrive and Revive

   Austria, Arrive and Revive - That's the tagline! 

Let's watch top ten (10) attractions you must see when you are in Vienna, Austria :)





                        


Wanna join me and other Top Leaders Circle members to  Austria dan Hungary for FREE??

Contact me NOW because the tickets are STILL AVAILABLE! and with Top Leaders Circle, anyone can fly to Europe!

SMS/Whatssap 013-3011330 for details :)


Austria - Hungary, AKU DATANG! 

Austria dan Hungary, Aku Datang!

Austria dan Hungary, Aku Datang!

Tak tahu macam mana nak describe my own feelings bila dapat tahu our next FREE TRIP will be in EUROPE. We have been guessing which country that we will be going this time around andddd on July 1st, 2014, our company has made it official that we are going to Austria and Hungary! *jaw dropped!*

Seriously rasa berdebar, rasa kenyang and sangat excited nak join the trip with my other Top Leaders Circle fellow(s)! Macam mimpi jadi kenyataan sebab Saf memang nak sangat pegi Hungary! and tak sangka yang next destination is HUNGARY! 

So, first and foremost Saf terus google and pinteres-ing Austria and Hungary sebab tak pernah sampai kan? So kena lah tahu kenapa our company choose these two countries for our next destination kan? andddd macam nak pengsan bila tengok gambar-gambar yang SUBHANALLAH CANTIK sangat! Memang akan pengsan, bangun balik, sellfie and pengsan balik...hahhahaha 

The best part bila pergi trip macam ni dengan company is SEMUANYA FREE..Dari flight tickets, accomodation, must visit places, semuanya company yang uruskan..kita just bawak diri, passport and duit for shoppingggggg..hahahah guess which activity will be my most favourite of all? *face palm*

Okayla taknak cakap banyak..you all tengok jerla gambar-gambar ni..cantikkan you all? *cry*
Lagi cantik kalau kita yang ada dalam gambar tu ^-^
Austria - Hungary, AKU DATANG!



Hallstat Village, Austria

Rathaus, Vienna , Austria

Hofburg Palace, Austria

Salzburg Castle, Austria

Schonbrun Palace, Austria


Public Entrance to the Swarovski Factory in Austria

Buda Royal Palace and Chain Bridge, Budapest, Hungary

Budapest Historical Museum, Hungary


Wanna join me and other Top Leaders Circle members to  Austria dan Hungary for FREE??

Contact me NOW because the tickets are STILL AVAILABLE! and with Top Leaders Circle, anyone can fly to Europe!

SMS/Whatssap 013-3011330 for details :)


Austria - Hungary, AKU DATANG! 


Loves, 
Saff :)

Thursday, 3 July 2014

Jejak Jutawan!

Alhamdulillah bersyukur sangat dapat dengar sendiri tips from Prof. Hanim mengenai ciri-ciri Jutawan semasa finale Seminar Hebat Berniaga Online Recently :) Kalau you all nak tahu, Prof. Hanim nih adalah anak didik kepada Prof. Dr. Fadzilah Kamsah. One hour of his speech and motivation memang tak cukup! 

Nak tahu bagaimana nak Jejak Jutawan? Jommm kita sama-sama Jejak Jutawan semoga suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang Jutawan Islam yang Dermawan dan berjuang menegakkan ekonomi Islam. Ameen Ya Rabbal'alamin :)



عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"


Anda adalah jutawan jika anda mempunyai semua sikap-sikap Jejak Jutawan ini :


1. Sentiasa Bermotivasi dan bertindak

- Dalam diri kena ada KEINGINAN yang mendalam. Jika diri sendiri tidak mahu berubah memang sampai bila-bila pun tak akan berubah. Salah Satu sifat terpenting orang berjaya ialah kebolehan mendorong diri untuk bertindak.


2. Komited dan bersungguh-sungguh kepada perniagaan anda

- Kena berusaha bersungguh-sungguh dalam perniagaan kita. Tak boleh buat 'part-time' untuk elak result pun dapat 'part-time'. Perlu ada iltizam yang kuat untuk Cemerlang dalam perniagaan yang diusahakan. Berikan komitment 100% dari segi tenaga dan perhatian. Focus sampai berjaya!


" Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila Dia melakukan sesuatu dengan cara yang PALING BAIK."


3. Highly Passionate Kepada Perniagaan yang diusahakan

"The ONLY way to do GREAT WORK is to LOVE what you do and Do what you love!"

- Buat apa yang kita suka dan suka apa yang kita buat. Jika kita melakukan sesuatu tanpa minat, kita akan buat sambil lewa. Kita perlu sayang product, sayang business & sayang semua yang berkaitan dengan perniagaan kita. Baru semua jadi mudah dan hebat!


4. Sikap yang BETUL! ( 20% Personaliti, 80% Sikap)

" Sesungguhnya Allah telah menciptakan Manusia dengan sebaik-baik kejadian." (Surah At-Tin, 4)


- Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikir kita tak boleh, sampai bila pun tak boleh. Kalau kita asyik sebut perkataan MALAS, sampai kesudahlah Malas. Kita adalah apa yang kita fikirkan dan jenayah paling kejam adalah bila kita memperkecilkan diri sendiri. You are what you think! So, change how you think about yourself NOW!


10 Faktor Penentu Kejayaan Seorang Jutawan :

1. Disiplin
2. Mesra dengan orang sekeliling
3. Mempunyai pasanagn yang supportive.
4. Berkerja bersungguh-sungguh
5. Cinta kepada perniagaan yang diusahakan
6. Jujur dengan semua orang
7. Mempunyai ciri-ciri seorang ketua
8. Kreatif dan berdaya saing secara sihat
9. Teratur dan terurus
10. Mempunyai kelebihan untuk 'menjual' idea dan product.


Wednesday, 2 July 2014

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat - Sangat Menginsafkan!

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan


First thing masa Saf baca kisah lelaki tua berkain pelikat ni, terus rasa insaf yang amat sangat betapa kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya mudah sangat cara nak menjemput rezeki Allah! Cuma sebelum ni kita mungkin buat biasa-biasa jer..Lepas baca kisah pakcik berkain pelikat ni, I make a promise to myself that Saf kena betulkan yang biasa and biasakan yang betul!

Thanks to my Mentor CDM Abang Al-Faath yang share kisah tauladan ni dengan kami :)

 Cerita ni sangat memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Saf kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. 

Penulis asal :
Dato’ Roslan Ab Hamid.


****

Saya jumpa lelaki tua ini. 
Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. 
Umur 70an. 
Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar.
 Milikan RM35juta. 
Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. 
Belanja RM20,000. 
RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar.
 Dia menolak.
 katanya malu.

Saya minta formula.
 Dia berikan 15. 
Saya catat dan mahu kongsikan. 
Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. 
Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir.
 Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. 
Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. 
Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. 
Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. 
Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. 
( Mak abah selalu pesan, kalau boleh bila Maghrib kena ada di rumah..and sampai sekarang dah jadi biasa untuk keluar rumah lepas Maghrib dah selesai)

Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. 
Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. 
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat.
 Usah cakap letih. Usah cakap sakit.
 Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. 
Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. 
Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. 
Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.

Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes.
 Produk tak boleh bercakap.
Sejak bila pula lah produk boleh bercakap.
 Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. 
Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 
90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini.
 Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. 
Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras.
 Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. 
Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)


#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. 
Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Sekadar Hiasan


Apa perasaan you all lepas baca pesanan lelaki tua berkain pelikat nih? Sebak dan rasa insaf sangat-sangat kan? InshaaAllah, lets improve for better dunia and akhirat...

Terima Kasih Pakcik untuk pesanan dari hati ini..

Loves,
Saff.