Thursday, 3 July 2014

Jejak Jutawan!

Alhamdulillah bersyukur sangat dapat dengar sendiri tips from Prof. Hanim mengenai ciri-ciri Jutawan semasa finale Seminar Hebat Berniaga Online Recently :) Kalau you all nak tahu, Prof. Hanim nih adalah anak didik kepada Prof. Dr. Fadzilah Kamsah. One hour of his speech and motivation memang tak cukup! 

Nak tahu bagaimana nak Jejak Jutawan? Jommm kita sama-sama Jejak Jutawan semoga suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang Jutawan Islam yang Dermawan dan berjuang menegakkan ekonomi Islam. Ameen Ya Rabbal'alamin :)



عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"


Anda adalah jutawan jika anda mempunyai semua sikap-sikap Jejak Jutawan ini :


1. Sentiasa Bermotivasi dan bertindak

- Dalam diri kena ada KEINGINAN yang mendalam. Jika diri sendiri tidak mahu berubah memang sampai bila-bila pun tak akan berubah. Salah Satu sifat terpenting orang berjaya ialah kebolehan mendorong diri untuk bertindak.


2. Komited dan bersungguh-sungguh kepada perniagaan anda

- Kena berusaha bersungguh-sungguh dalam perniagaan kita. Tak boleh buat 'part-time' untuk elak result pun dapat 'part-time'. Perlu ada iltizam yang kuat untuk Cemerlang dalam perniagaan yang diusahakan. Berikan komitment 100% dari segi tenaga dan perhatian. Focus sampai berjaya!


" Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila Dia melakukan sesuatu dengan cara yang PALING BAIK."


3. Highly Passionate Kepada Perniagaan yang diusahakan

"The ONLY way to do GREAT WORK is to LOVE what you do and Do what you love!"

- Buat apa yang kita suka dan suka apa yang kita buat. Jika kita melakukan sesuatu tanpa minat, kita akan buat sambil lewa. Kita perlu sayang product, sayang business & sayang semua yang berkaitan dengan perniagaan kita. Baru semua jadi mudah dan hebat!


4. Sikap yang BETUL! ( 20% Personaliti, 80% Sikap)

" Sesungguhnya Allah telah menciptakan Manusia dengan sebaik-baik kejadian." (Surah At-Tin, 4)


- Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikir kita tak boleh, sampai bila pun tak boleh. Kalau kita asyik sebut perkataan MALAS, sampai kesudahlah Malas. Kita adalah apa yang kita fikirkan dan jenayah paling kejam adalah bila kita memperkecilkan diri sendiri. You are what you think! So, change how you think about yourself NOW!


10 Faktor Penentu Kejayaan Seorang Jutawan :

1. Disiplin
2. Mesra dengan orang sekeliling
3. Mempunyai pasanagn yang supportive.
4. Berkerja bersungguh-sungguh
5. Cinta kepada perniagaan yang diusahakan
6. Jujur dengan semua orang
7. Mempunyai ciri-ciri seorang ketua
8. Kreatif dan berdaya saing secara sihat
9. Teratur dan terurus
10. Mempunyai kelebihan untuk 'menjual' idea dan product.


No comments:

Post a Comment