Monday, 29 September 2014

Amalan Diet Pelik dan Menyakitkan Untuk Kurus

Pelik tapi benar! 
Menjijikkan dan menyakitkan.
 
Sanggupkah anda amalkan diet-diet pelik dan ekstrem ini hanya kerana ingin mendapatkan bentuk badan idaman anda tanpa menambil kira faktor kesihatan dan nyawa anda?

Anda mungkin tak mahu percaya. Tapi inilah hakikatnya. Ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kebersihan sesetengah amalan diet.

Walaupun kebanyakkan diet pelik ini tidak diiktiraf oleh badan perubatan kerana memudaratkan kesihatan, ianya tetap diamalkan demi mencapai bentuk badan idaman.

Jika anda rasakan mereka yang mengalami Bulimia (memuntahkan semula makanan untuk kurus) itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, anda mungkin akan berasa lebih pelik dengan kaedah diet pelik yang lebih ekstrem ini.
 
 

1. Diet Cacing Pita

 

Iye cacing! Kaedah diet cacing pita ini telah wujud sejak era 1920-an di dunia Barat. Cacing pita sejenis parasit yang tinggal di dalam usus binatang seperti anjing, kuda dan kucing termasuk sesetengah individu yang memilikinya secara tidak sengaja.

Parasit ini boleh mencapai kepanjangan sehingga hampir 20 kaki dan berbetuk leper seperti reben atau pita. 

Ia digunakan di Amerika Syarikat dan Eropah secara meluas pada abad ke-20 kerana dipercayai membantu usaha untuk kurus. Cacing pita dikatakan menghadamkan nutrisi, lemak dan gula berlebihan dalam perut sebelum diserap oleh tubuh.

Cacing Pita. Sanggupkah anda memakannya? - Picture from Google
 













 










Caranya, mereka yang ingin membela cacing pita perlu memakan daging yang tercemar dan memunyai anak cacing itu atau memakan pil cacing yang mengandungi telur cacing dan ianya akan membesar di dalam perut.

Selepas sekian waktu, cacing itu akan keluar sendiri atau individu terbabit harus memakan pil untuk membunuhnya dan ia akan dikeluarkan melalui dubur.

Namun pakar perubatan menganggap cara itu sebagai mengarut, sekaligus tidak mengiktirafnya dalam bidang perubatan.



2. Diet 'Ikat Perut'
 
Kaedah mengetip atau megikat organ perut melalui kaedah pembedahandan selepas pembedahan perut aka terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian atas perut yang dijadikan lebih kecil akan berfungsi sebagai perut utama. Ia dilakukan untuk menghadkan jumlah makanan yang boleh diambil oleh individu terbabit.

Selepas perut diketip, seseorang itu hanya boleh makan 3/4 atau 1 cawan penuh pada sesuatu masa. Makanan perlulah dikunyah sehingga betul-betul lumat. Jika muntah dan pening selepas makan, itu menunjukkan individu itu terlebih mengambil makanan daripada yapa yang telah dihadkan.

Ia antara kaedah diet ektstrem yang diiktiraf oleh beberapa pakar perubatan di beberapa buah negara dan dijadikan alternatif rawatan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti melampau.


Keadaan perut yang menjadi dua bahagian selepas menjalani proses "ikat perut". Kuantiti makanan yang boleh anda ambil tidak boleh melebihi had yang boleh diterima oleh " Small Stomach Pouch" anda. Jika berlebihan, anda akan berasa loya, pening dan muntah. Untuk pengalaman "ikat perut " ini, anda boleh ikuti sendiri di blog saudara Labu. www.labusayungku.blogspot.com
 - Picture from Google





3. Diet bakteria
 
Tidak cukup dengan cacing, ada antara individu yang sanggup menjamah makanan yang dipenuhi bakteria semata-mata untuk kurus.

Teorinya adalah makanan yang penuh dengan serat diperam atau ditapai dalam satu jangka masa tertentu menghasilkan bakteria baik yang dapat membantu penghadaman makanan dalam perut.

Bintang Hollywood, Madonna dikatakan mengamalkan diet bakteria ini Tukang masak khas selebriti itu akan memastikan makanan yang diambil Madonna mengandungi banyak bakteria baik ini.


4. Pil Uri
 
Diet memakan uri atau plasenta diamalkan di China sejak berkurun dulu. Ia dikatakan mempunyai nutrisi yang bagus, apatah lagi dianggap penyambung nyawa pada bayi dalam kandungan dari pada ibu. 

Terdapat individu yang megupah pembuat makanan, bebas memproses uri mereka untuk dijadikan pil uri yang akan mereka amalkan untuk kurus.


Pelakon Amerika, January Jones dikatakan mengamalkan diet ini untuk mengelak daripada gemuk selepas bersalin dan mendapatkan kulit yang cantik. 


5. Diet Sumbat Tiub



Bersediakah anda untuk memasukkan tiub melalui hidung anda sehingga ke bahagian perut anda semata-mata untuk cepat kurus?
- Picture from Google
 


Satu lagi kaedah diet pelik yang popular adalah, dengan menyumbat tiub dalam badan.

Tiub disumbat dari lubang hidung ke saluran pernafasan hingga sampai ke perut dan ianya akan kekal di dalam badan individu itu.

Selama 10 hari, mereka tidak dibenarkan makan sama sekali. Minuman dengan rumusan tinggi protein dan rendah karbohidrat di masukkan melalui tiub. Ia mengandungi 800 kalori sahaja setiap hari. Ianya merupakan teknik yang diilhamkan daripada cara pesakit yang tidak dapat menelan makanan mereka.

Ianya dikatakan jalan pintas buat bakal pengantin di Eropah dan Amerika Syarikat untuk nampak kurus pada hari perkahwinan mereka.




6. Diet Telan Bebola Kapas
 
Pakar diet dari New York, Dr. David Edelson berkata, sesetengah peragawati dan penari bertindak menelan bebola kapas untuk berasa kenyang dan tidak mahu makan.

namun kapas tidak boleh dihadam dengan baik  oleh tubuh manusia dan ianya jelas akan memberi masalah kepada sistem penghadaman manusia untuk jangka masa panjang.


7. Diet Makan Sampah
 
Sanggupkah anda makan sampah untuk kurus?
Ada sesetengah sanggup! Sampah yang dimaksudkan adalah merupakan makanan berlebihan atau left-over makanan rakan atau orang sekeliling mereka agar mereka tidak makan secara berlebihan. Nama popular diet ini adalah "Diet Freegan" yang bermula di San Francisco, Amerika Syarikat.

Sesetengah pengamal diet ini, bertindak lebih ekstrem dengan memunggah tong sampah dan memakan tumbuhan yang tumbuh di sekeliling mereka sehingga mereka seolah-olah kelihatan seperti makan sampah!


Mana satu pilihan anda?
For me, Saf tak sanggup langsung nak pilih any of those listed diet yang memang pelik, menyakitkan dan menjijikkan -______-

Pilihan Saf dari dulu, kini dan selamanya untuk kekal sihat, langsing dan cantik is always Premium Beautiful Corset.

Sebab apa nak tahu tak? Sebab bila pakai Premium Beautiful ni;


1. Saf tak perlu mengamalkan diet yang menyakitkan sampai perlu "ikat perut". Premium Beautiful ni bertindak sebagai "auto stopper" bila kita sedang makan. From my experience, memang kita takkan makan berlebihan. 

2. Premium Beautiful Corset membuatkan Saf lebih menghargai nikmat makan sebab kita makan macam biasa tanpa perlu sekat apa makanan yang ingin kita makan. Kenapa kita harus kufur nikmat bila Allah dah anugerahkan nikmat makan pada kita? Betul tak? So, I say NO to "penyumbat tiub".

3. Tak perlu makan pil, tak perlu suntikan, tak perlu menjalani pembedahan untuk kekal langsing. Dan hanya Premium Beautiful yang mampu berikan anda semua ini :)


Apepun untuk kesan optimum, pemakaian Premium Beautiful corset ini haruslah dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan pemakaian 1 set ( Long Bra + Long Girdle + Waist Nipper) sangat-sangat dicadangkan untuk kesan yang lebih umpppphhhhh :)
 
 
My humble  experience and transformation before and after wearing Premium Beautiful Corset.
 
 
 
Apepun pilihan anda, pastikan ianya berbaloi untuk kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang. Badan yang langsing dan kurus, takkan bermakna tanpa kesihatan tubuh badan yang baik. Pilihlah pilihan yang tepat!

Free Consultation/Free Fitting :
safrizaazwani@gmail.com


Loves,
Safriza Azwani Janudin



No comments:

Post a Comment