Sunday, 5 April 2015

Masak Lemak Udang Nanas Paling Marvelous

Ha..just in case you all taktau nak masak apa for lunch kan, masak lemak udang paling marvelous ni adalah highly recommended..sebab dalam satu dish ni dah ada sayur and lauk..so sangat jimatkan masa kita nak memasak kat dapur tu..kiranya balance lah untuk orang yang tak boleh makan nasi kalau takde sayur..macam Saf ^-^
 
Since balik kampung baru ni mak ada bagi sebijik nanas and dalam fridge ada pulak udang laut dalam yang perghhh marvelous segar, Saf beli dekat Bagan Pasir, Kuala Selangor..so apa lagi..terus teringat sedapnya kalau dapat makan nasi dengan masak lemak udang nanas nih :) Lagipun senang sangat cara nak masak lemak udang nanas  ni...hope you all sudilah cuba kay? Kalau sedap bagitau..kalau tak sedap you all senyap-senyap jer lah :p
 
Owh just nak share, Saf memang masak tak guna MSG or Aji-Naik-Moto tau...sebab dari kecik lagi memang di ajar balancekan rasa masakan guna gula dan garam :) Kalau you all dah terbiasa guna Aji-Naik-Moto tu, by all means silakan :)
 
 
BAHAN-BAHAN UTAMA :
- Of courselah UDANG.
(size udang ikut preference masing-masing kay? )
- Nanas
(Kalau tak reti nak kupas kulit nanas tu, you all beli jer yang dah siap kupas dekat pasar tu..balik rumah tinggal nak potong kecik-kecik jer..but janganlah halus sangat sampai tak Nampak rupa nanas tu tau -_- )
- 1 Kotak Santan
(Nak pakai yang fresh pun boleh)
- 1 batang serai
- 1 sudu kecil serbuk kunyit.
(Nak pakai kunyit hidup pun boleh. Tapi kena tumbuk dulu tau kunyit tu)
- Sehelai daun kunyit
(kalau takde pun takpe..kalau ade, lagi best bau masak lemak you all)
- Garam
- Gula
 
BAHAN TUMBUK :
- bawang kecik merah
( letak seulas pun dah OK)
- Cili api
(Saf suke pedas..so saf letak dalam 4-6 biji)
- Udang kering
 
 
CARA MASAK :
 
1. Tumbuk kesemua bahan tumbuk sampai lumat. Kalau tak rajin, you all blend jer semua tu. Dah siap blend letak dalam periuk.
2. Masukkan serai, serbuk kunyit dan daun kunyit
3. Letak sikit air dalam periuk yang dah ada bahan tumbuk/blend tu and masukkan nanas. Rebus nanas dalam 5-10 minit camtu sebab nak bagi nanas tu lembut.
4. Bila you all nampak nanas tu macam dah lembut sikit, masukkan santan kotak. Masa masukkan santan kotak ni, kalau kuah tu agak pekat, you all kena tambah air tau..agak-agak jer supaya kuah tu tak cair sangat and tak pekat sangat. And make sure you all selalu kacau supaya tak pecah minyak.
5. Lastly masukkan udang, garam dan gula. Tunggu sampai udang masak and kuah mendidih.
 


Tadaaa dah siap dah masak lemak udang nanas paling marvelous nih! Kalau makan ni, confirm mak mertua lalu pun you all tak perasan..ahaks!


Selamat mencuba you all!
 
 
 
 
Loves,
Saff.

2 comments: