Wednesday, 30 September 2015

Melancong Percuma Ke Ho Chi Minh, Vietnam - Part 3

Hi you all :)
Kali ni Saf nak share pengalaman hari ketiga (3) di Ho Chi Minh, Vietnam pulak :) Yerlah sementara semuanya still segar dalam ingatan, better Saf share sekarang kan? :)
 
 
You all yang tak sempat lagi nak baca pengalaman hari pertama Saf di Ho Chi Minh, Vietnam, boleh click SINI-PART 1 and kalau you all nak tahu pengalaman hari Kedua (2) Saf di Ho Chi Minh, you all boleh click SINI-PART 2.
 
 
Hari ketiga di Ho Chi Minh, Vietnam all of us spent whole day dekat Delta Mekong. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke area Mekong ni ambik masa 2 jam menaiki bas. So, all of us breakfast seawal 6.30am (7.30am waktu Malaysia) and tepat jam 7.30am pagi all of us are ready to hit the Delta Mekong :)
 
 
Tapi sebelum bertolak ke Delta Mekong, all of us with other Vietnam Qualifiers dibawa ke area City Hall di mana ada tugu Ho Chi Minh iaitu orang yang bertanggungjawab membangunkan Ho Chi Minh ada kat situ untuk sesi bergambar bersama CDM Multimillionaire, CDM Azlan Deraman.
 
Belakang Saf tu lah Ho Chi Minh.
Hehehe you all boleh imagine tak kalau Ho Chi Minh posing macam Saf? >___<
 
 
"If you can dream it, you can be it."
 
 
Cantik sangat tau area ni. Most of the building ala-ala Europe style tau dipercayai hasil daripada pengaruh British dulu kala. So kalau you all nak feeling Europe sambil ber"OOTD" kat sini, memang boleh sangat you all :)
 
With my mentor, sister, counselor, motivator and mother in this business, CDM Salleha Roslan.
I love her loadsss :)
Belakang Saf tu is the City Hall..amacam ada tak macam dekat Europe? :D
*Picture taken from www.salleharoslan.com 
 
 
 
 
"Whatever happened in your past, let it stay as your past. Walk forward and you are closer to your dreams."
 
The only streets yang tak busy dekat Ho Chi Minh ni. Cantikkan the surrounding? Feeling Europe sangat. InshaAllah lepas ni boleh ambik the same pose again tapi kali ni pakai winter coat pulak :)

Ada cerita tau disebalik gambar ni. Actually Saf tak tau pun boleh duduk macam ni dekat this building..After dua tiga kali snap picture, the security guard keluar untuk halau Saf tapi nasiblah Saf sempat lari sebelum kena marah.
After all the picture taken here is worth it! :)

With my dear friend, Myra :)

With Kak Dyna. Makin lawa Kak Dyna sejak berhijab ni :)
 
After dah ambik beribu-ribu selfie and OOTD , we all pun bertolak ke Delta Mekong. So sepanjang perjalanan we all dihiburkan dengan bunyi dengkuran from each other. Heheheh yerlah malam before that kan all of us tidur lewat, so memang semua pakat tidur puas-puas dalam bas ke Delta Mekong.
 
Sampai jer jeti nak ke Delta Mekong, ferry yang nak bawak we all ke Delta Mekong dah ready dah nak bawak all of us ke 4 pulau yang ada di sepanjang Delta Mekong ni. Panjang tau you all Sungai Mekong ni. Merentasi 3 Negara. Negara Thailand, Vietnam and Laos. Lebar sungai ni pulak is 2km tau...so boleh imagine tak betapa panjang dan luasnya Sungai Mekong ni..Buaya? Jangan risau semua buaya dah jadi handbag according to our tour guide >___<
 
 
With Kak Dyna. Kalau kat Malaysia memang takkan pakailah "tudung saji" comel ni kan :D
Thank you SHOM sediakan topi ni untuk all of us. Kalau takde topi ni, confirm lagi terbakarlah kulit puteri lilin saf ni >___<
 
First check-point we all stop untuk rasa madu original Vietnam. Honestly Saf tak berapa suka madu tapi this Vietnam madu, manis dia lain tau you all. Memang sedap. Sampai jer kat sini, ada this lady akan buatkan honey lemon tea for us. She pour the tea, add in the honey and a little bit of honey pollen and a little of limau kasturi juice. Mix them well and then enjoy it! Sedap sangat and rasa refreshing tau after minum this mix. Kalau you all nak beli madu Vietnam ni pun boleh tau. Sebotol cuma RM19 jer. Saf tak beli and after that menyesal tak beli..lol (Syndrome normal for perempuan.) 
 
Muka happy dapat minum madu Vietnam :)
 
 
After enjoyed the madu mix and the hot lemon tea, we all naik balik ferry and pergi the next island pulak. Kali ni we all dibawa tengok pembuatan coconut candy. Rasanya sama jer macam coconut candy yang dijual kat Malaysia ni. Since I have say no to junk food, so this one Saf tak berapa fan sangat lah. Cuma Saf kagum sangat, they all still produce the coconut candy using the traditional ways lagi tau. Ada banyak perisa yang you all boleh beli. Sebungkus harganya RM6. Kalau beli banyak, boleh dapat lagi murah :)
 
After dah tengok cara pembuatan coconut candy, all of us diberi masa dalam 10-15minit untuk shop around the island. Dekat sini banyaklah barang-barang traditional Vietnam yang you all boleh beli. Antaranya ular dalam botol >__< Saf tak beli anything pun kat sini since we all plan malam ni nak keluar shopping dekat Pasar Malam Ben Thanh pulak :p
 
After walked around the shop, we all singgah makan buah-buahan tempatan pulak. Ada nanas, tembikai, rambutan and jambu. Basically buah-buahan kat sini sama jer macam kat Malaysia. Sambil makan buah we all dihiburkan dengan lagu-lagu Vietnamese and lagu "Si Jantung Hati" by the Vietnamese. Cute betul the Vietnamese nyanyi lagu Si Jantung Hati and till now we all pulak teringat-ingat lagu tu.
 
Dah kenyang makan buah, we all kena berjalan kaki sampai ke jeti yang ada banyak sampan-sampan kecil untuk experience sendiri perasaan berada di Delta Mekong. Setiap sampan boleh muat 4 orang jer tau and setiap orang wajib bagi tips dalam RM2 bersamaan dengan 10,000 Vietnam Dong after you all dah sampai the check point.
 
 
Gambar wajib dalam sampan kat Sungai Mekong ni :D

Nampak tak betapa sesaknya Sungai Mekong ni? And dekat sini you all boleh tengok pelbagai lapisan umur gigih bekerja keras untuk sesuap nasi..


Gigih si cantik manis ni mendayung sampan dengan her mom. Hasilnya tangan itu menjadi idaman Saf :)
Keep it going girl!

Bye! We are ready to explore the Mekong River! :D

Si comel yang belum faham erti susah payah kehidupan. Enjoy it while you still don't know anything darlings.
They obviously didn't asked for money at all. But jiwa Saf ni yang paksa Saf hulurkan jugak walaupun sikit. My intention just to see they keep on smiling. Thank you for cheering our presence kids! :)
 
 
 
 
Kat sini you all boleh tengok keadaan sungai ni "jam" macam keadaan "jam" dekat jalan raya tu tau. Cumanya kat sini "jam" dengan sampan and takde bunyi honk kereta la..Safety alert, jangan letak tangan you all dekat tepi sampan tau sebab risau putus since sampan-sampan ni sentiasa bergesel-gesel sesama dorang.
 
Kat sini memang sangat menginsafkan Saf. Bukan senang tau nak cari RM2. All of them terpaksa kayuh sampan sejauh 2km dari jeti ke final check-point. Kalau pergi balik, means 4km lah dorang kayuh sampan tu. Paling menginsafkan was yang kayuh sampan tu bukan yang muda-muda tau. Yang dah berusia hampir 60 tahun pun masih kuat kayuh sampan. Malu sangat kalau kita yang muda-muda ni tak berusaha sungguh-sungguh cari rezeki. Kadang-kadang terdengar jugak all of them Tarik nafas panjang untuk lepaskan lelah mengayuh sampan dalam keadaan panas terik matahari.
 
Alhamdulillah after 2km berdayung, akhirnya we all sampai ke final check point. Thank you auntie for the great experience and service :)
 
 
After the 2km journey through Delta Mekong, we finally reached the final check-point. Masa ni perut pun dah berkeroncong dah and it is time for lunch! Yeahhh bila trip dengan SHOM ni, we all memang teruja tau bila part makanan ni. Sebab makanan confirm bukan biasa-biasa.
 

 
 
 
So kali ni we all lunch di Restoran Halal Mekong. Makanan macam biasa memang banyak. Ada ikan, sayur, udang, ayam and tomyam. Burpppp Alhamdulillah kenyang sangat :)
 
After dah kenyang, we all pun solat jamak Zohor and Asar dekat Surau yang disediakan dekat Restoran Halal Mekong ni. Walaupun surau ni takde kipas and a bit panas, but we managed to performed our Duty and that is enough :) Barulah senang hati nak melangkah shopping bila dah tunaikan kewajipan pada Allah kan :)
 
OK after dah pergi pergi all the four island, it is time to go back to Ho Chi Minh. Of courselah on the way balik tu we all tidur again..hahaha apa nak buat lagi kan selain tidur :p
 
 
Sebelum tinggalkan Delta Mekong, we all hilangkan dahaga dengan air kelapa muda dulu. Segar betul tekak bila dapat minum air kelapa ni. Bagus sangat untuk hilangkan panas badan.
This cute kid yang tolong ayah dia distribute air kelapa ni dekat all of us. Kecik-kecik lagi dah pandai bantu ringankan kerja ayah dia. Kak Saf doakan success for you dik :)
 
 
 
Owh just to share..on the way pergi and balik dari Delta Mekong ni, you all akan lalu kawasan perkampungan yang ada sawah padi tau. Jangan pelik kalau tiba-tiba you all Nampak macam kubur dekat tengah-tengah sawah tu sebab itu memang kubur! >___<
 
Our tour guide offered us sama ada nak pergi hotel or nak sambung shopping dekat Ben Thanh market? Tapi since semua orang dah bau ikan masin, so we decided to go back to hotel untuk rest and mandi-mandi.
 
 
Malam ketiga we all dekat Ho Chi Minh, all of us dinner dekat this one Restoren yang sambal belacan dia sedap sangat! And poor me, Saf lupa nama kedai tu >___<
 
 
 
Nyumssss...And looking at this photo making me hungry already >___<
 
 
 
 
 
 
After the dinner, all of us dibawa menonton The Water Puppet Show. Honestly tak faham sepatah pun bahasa dorang tapi we all layan jer..heheheh..cuma kagum sangat at the end of the show the real puppet showed to us who are they. They are the real human you all. Seriously hebat sungguh dorang ni swimming dalam air tu and siap acting lagi according to their role. Salute!
 
Water Puppet Show. The puppet tu bergerak dalam air tau.
 
 
 
After The Water Puppet Show finished, some of us terus serbu Pasar Malam Ben Thanh untuk shopping lah of course. Hahaha Saf ingat pasar malam Ben Thanh ni besar sangat, but actually kecik jer you all. Tapi kecik-kecik pun we all still jugak shopping dekat area Restoran Hajah Basiroh. Kat sini banyak sangat kedai tudung, telekung,bag, t-shirt Vietnam and many more. 
 
After spent about two hours kat Pasar Malam Ben Thanh, we all pun balik hotel and malam tu we all kena sambung packing pulak since esok all of us kena fly back to KL -____-
 
Hari yang penat tapi happy. Hari yang buat Saf bersyukur dengan apa yang Saf ada and nak buat lebih lagi for future. InshaAllah I can! :)
 
 
Kalau naik ferry Sungai Mekong, kalau tak kena percikan air sungai Mekong tu, means tak sah :p
Heheheh tapi dah kena air sungai Mekong tu awat muka Saf lagu tu? :D
 
 
Anyone nak ikut Saf pergi Osaka for FREE? Jom kita pergi sama-sama jom :)
 
If you can dream it, you can achieve it! :)
 
 
Loves,
Saff
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment