Sunday, 24 January 2016

Breakfast Paling Sedap Di Kuala Terengganu

Hehehe siapa yang selalu google macam tajuk entry Saf kali ni? "Breakfast Paling Sedap Di Kuala Terengganu" ^_^ 

Baik mengaku cepat :)

Saf normally bila bercuti ataupun outstation tempat yang Saf jarang pergi, itulah keyword yang Saf akan google setiap kali sampai waktu nak makan..hehehe sebab pada Saf bila dah seharian kerja, dapat makan makanan yang sedap and best, it is like a reward to me :) 

Saf percaya pada tagline, 
"Happy Tummy, Happy Me" ^_____^

Last weekend Saf ada business trip in Terengganu. So wajiblah ambik peluang try local food kan? :)

Dipendekkan cerita Saf pun googlelah "Breakfast paling sedap di Kuala Terengganu" and keluarlah about Kedai Nasi Dagang Kak Pah. 

Tengok review semua cakap wajib try..makanya teruslah Saf cakap dengan Qila let's go breakfast since pagi tu both of us quite free since our business appointment semua start at 12.30 noon. So, aktiviti paling best selain tidur adalah aktiviti mengembangkan badan >___<


Feeling-feeling Dilwale sikit lepas kenyang makan kat warung nasi dagang Kak Pah kat belakang tu :D


Famous rupanya Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni sampai masuk paper lagi.



Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan jugak you all. So memang tak salahlah pilihan Saf nak makan kat sini pagi ni :)

Gigih join the long queue semata-mata nak rasa sedap sangat ke Nasi Dagang Kak Pah ni ^___^



Ramai kan orang breakfast dekat Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni?
 Tapi you all jangan risau pasal seat sebab konsep kedai Kak Pah ni free seating. You all boleh duduk jer kat mana-mana seat yang ada sebab 1 block kedai tu memang ada kedai Kak Pah jer yang bukak..so jangan risau pasal takde seat kay :)

Eh, macam Anis jer tu :D

Ha inilah bila Premium Beautiful experts dah mula makan. Tak retilah nak mintak nasi separuh ke ape.. Nasi macam biasa you all ^_____^

Senyum lebar Qila bawak penuh 1 dulang dengan 3 pinggan nasi dagang and 1 pinggan nasi lemak.



Kalau you all order nasi dagang dalam quantity yang banyak, normally they will put in one bowl ikan tongkol ataupun ikan aye yang besar and then you all boleh share sesama kawan.
Sharing is caring kan? :)


Acar timun untuk dimakan dengan nasi dagang Kak Pah

Disebabkan Saf tak makan sangat nasi dagang, so saf order nasi lemak jer.
Tapi tak sangka sangat tau, nasi lemak dekat kedai nasi dagang Kak Pah ni, sambalnya is sambal ikan tongkol.
Best sangat ikan dekat kedai Kak Pah ni semunya fresh. So memang boleh rasa manis segar isi ikan tu.


Tak cukup nasi lemak and nasi dagang, we all order roti canai pulak ^____^


Kalau you all nak order roti canai gebu ni, you all boleh order dekat kedai roti canai corner yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni.



Kalau dah licin macam ni, memang confirmlah sedap Nasi Dagang Kedai Kak Pah ni kan? :)



Based on review from my Terengganu's friends, memang Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni highly recommended kalau you all nak rasa pure nasi dagang terengganu dengan harga yang sangat murah tapi sedap.

Bayangkan sepinggan nasi dagang Kedai Kak Pah ni cuma berharga RM4.00 jer! 

Total Saf breakfast pagi tu cuma RM4.80..Air teh-O panas cuma RM0.80 jer..OMG memang tak jumpa dah kan breakfast harga macam ni kat KL >___<


So, if you all ada kat Terengganu sekarang ni or ada plan nak bercuti ke Terengganu, you all mesti includekan Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni in your iternary tau :)

Senang jer nak cari kedai Nasi Dagang Kak Pah ni. You all boleh google maps or waze " Nasi Dagang Kak Pah". Kalau you all from Kuala Terengganu, it will take about less than 10 minutes to get to Kedai Nasi Dagang Kak Pah ni.

Last but not least, selamat mencuba! :)


Loves,
Saff


No comments:

Post a Comment