Tuesday, 30 August 2016

Happy 59th Independence Day Malaysia!

Happy 59th Independence Day Malaysia!



Alhamdulillah dah 59 tahun dah Malaysia BEBAS daripada kuasa penjajah.

Alhamdulillah jugak selama 31 tahun Saf hidup di Malaysia dan di dunia ni, Saf tak pernah merasai suasana susah dan pahitnya perlu berjuang untuk merdeka.


Saf rasa as a youngster kita sangat perlu appreciate susah payah orang-orang terdahulu yang berjuang membebaskan dan memerdekakan Malaysia untuk generasi masa depan. 

Syukur kita tak perlu melalui keadaan dan perasaan perlu berperang dan sentiasa dalam ketakutan sebelum merdeka.

May Allah blessed them and semoga Allah bagi ganjaran syurga buat mereka. 
Aamiin.

Tapi perasan tak walaupun Malaysia dah merdeka selama 59 tahun, tapi minda kita masih lagi belum "merdeka". Jiwa dan minda kita masih "di jajah".

Apa pengertian Merdeka pada you all?

Pada Saf, 
merdeka ni adalah bila kita mampu bebaskan diri kita daripada dijajah oleh sifat negative dalam diri sendiri dan bila mana kita berjaya untuk tidak ambil peduli dengan kata-kata manusia lain yang takkan membantu kita untuk lebih maju dan lebih baik untuk masa akan datang.

Bebaskanlah diri kita daripada belenggu kata-kata mereka yang tak membantu kita bebas dan merdeka. Contohnya :

 "Kalau aku, buat macam tu nanti apa yang orang akan kata ya? " 
" Aku malu kalau aku berniaga nanti orang akan ingat aku ni susah."
"Aku takut hilang kawan-kawan bila aku berniaga nanti."

SubhanaAllah. 
Selagi kita ada rasa MALU dan TAKUT. Selagi itu kita takkan pernah merasa erti BEBAS dan perasaan FREEDOM. 

Saf doakan semoga sahabat-sahabat yang membaca post ni akan MERDEKA dari perasaan malu dan takut. 

Enough is enough.
.
.


Kalaulah perasaan takut dan malu boleh merdekakan ekonomi kita dunia akhirat, sila teruskan. Tapi kalau ianya masih buatkan kita masih ditakuk lama, maka berubahlah!



Salam Sehati Sejiwa buat semua :)

Loves,
Saff

Saturday, 6 August 2016

Rojak Cendol Moden Sedap Di Seksyen 24, Shah Alam

Alhamdulillah dapat jugak merasa rojak dan cendol yang sedap di Seksyen 24, Shah Alam last Thursday.

Dah lama Saf mengidam nak makan cendol durian seksyen 24, Shah Alam yang pernah jadi viral di facebook ni. My auntie and uncle yang dah pergi merasa cendol durian seksyen 24, Shah Alam ni pun bagi feedback yang positive. They said berbaloi beratur panjang dan puas hati makan isi durian dalam cendol tu. 

And I was likeeeeee..OK Thank you for making me drooling >____<

Saf selalu nak pegi makan rojak cendol Seksyen 24, Shah Alam ni on weekdays sebab Saf  tak sanggup nak beratur panjang. Kalau nak tunggu my sister, jawabnya memang terpaksa pergi on weekend lah jawabnya.

Ditakdirkan Allah, hari Khamis baru-baru ni, Saf berpeluang ke kelas Tafseer Alquran by Ustazah Dr. Fateema di Surau Taman Mulia, Bukit Antarabangsa together with my mentor yang dah macam my sister dah.

This time around, we all belajar about Surah Al-Baqarah. 
Surah kedua dalam Al-Quran dan mempunyai 286 ayat dan merupakan Surah yang terpanjang dalam Al-Quran.

Bestnya surah Al-Baqarah ni. 
Ustazah Fateema share the reasons why Al-Baqarah comes after surah Al-Fatihah. 

Selama ni kita baca jer. Tapi tak pernah ambik tahu KENAPA dan APA fadhilat surah-surah dalam Al-Quran ni. Alhamdulillah, Saf bersyukur sebab Allah lapangkan masa dan lorongkan hati Saf untuk kenal dan cinta pada Al-Quran. Doakan Saf istiqamah yer? :)

Selfie dulu sementara tunggu ketibaan Ustazah Dr. Fateema. 

Kalau kita ada rasa "menyampah" atau "jealous" dengan sahabat-sahabat yang pergi menuntut ilmu. Itu perasaan yang bagus :) Sebab dalam Islam pun dah mentioned, cemburu yang baik ialah bila kamu cemburu orang lain berkejar-kejar siapkan saham Akhirat :)

Apepun niat kami bukanlah nak menunjuk. Sekadar memberi Inspirasi pada yang punya niat tambah ilmu Akhirat macam kami. Sebab we all pun dulu makan gaji jugak. Teringin nak pegi kelas-kelas macam ni. Tapi selalu sangat ada cabaran dari segi masa. 

Alhamdulillah bila dah bekerja sendiri ni, we have time to go for this kind of classes. Saf doakan semoga hati-hati yang sakit tengok kami pergi kelas tafseer ni, diberikan Allah hidayah dan peluang untuk rasa nikmatnya bekerja sendiri. Aamiin :)

Lagi satu, Saf rasa perkara baik macam ni tak perlu disorok. Kan seronok bila ramai yang tahu about class macam ni and datang untuk tambah ilmu. You all jugak dapat sahamnya nanti. 
Jangan jadi selfish sebab kita takkan masuk syurga tanpa dipersoalkan apa tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah.




Ustazah Fateema kongsi, bila Allah sayang pada hamba-hambaNya, Allah akan dekatkan hambanya dengan Ilmu. SubhanaAllah. I feel like crying and I pray I will always have time to learn. Tak kisahlah ilmu dunia atau akhirat. Yang penting ilmu tu akan beri manfaat pada kita dunia akhirat. Sebab ilmu yang baik itu, definitely come from ALLAH :)

There are too many info to share with all of you, InshaaAllah kalau ada kelapangan Saf akan share lagi kay?

 But for now Saf nak kongsi 5 hadis sahih berkenaan dengan surah Al-Baqarah :

1. Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang membaca Al-Baqarah di dalam rumah pada 1 malam, syaitan dan jin tidak akan masuk ke rumah itu untuk 3 malam. Kalau you all tak sempat nak baca the whole surah, cara yang paling mudah adalah dengan pasang surah Al-Baqarah through online ataupun beli CD yang mengandungi Surah Al-Baqarah. Bayangkan dengar pun dah dapat pahala, apatah lagi kalau kita ada peluang nak membaca surah Al-Baqarah ni kan? :)

Ustazah Fateema kongsi jugak, kalau suami-isteri selalu bergaduh, anak-anak bergaduh dan rasa tak seronok nak balik rumah, pasanglah surah Al-Baqarah di dalamnya.

2. Setiap yang Allah jadikan mempunyai kedudukan tertingi masing-masing. Dan Al-Baqarah merupakan surah tertinggi dalam Al-Quran.

3. Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca Surah Al-Baqarah, InshaaAllah akan terselamat dari tukang sihir, ilmu hitam ataupun sebarang perkara tidak baik yang hendak dituju kepada kita.

 Jom you all, kita amalkan ayat Kursi. Sebab Ayat kursi actually adalah sebahagian daripada ayat surah Al-Baqarah, 

4. Seiapa yang menghafal dan mengamalkan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran, di akhirat nanti, mereka akan berada di barisan paling depan dan selepas barisan mereka, barulah barisan ahli Al-Quran

Dan di atas kepala mereka yang mengamalkan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran ni, terdapat awan yang memayungkan mereka dari rasa panas dan dahaga. MashaaAllah besarnya hikmah dan rezeki yang Allah bagi pada pengamal surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran kan?

5. Rasullullah SAW sebelum keluar berperang, baginda SAW akan memilih ketua rombongan yang pandai dan fasih surah Al-Baqarah.


Lepas habis kelas Tafseer, Saf and Kak Sal ke Bandar Tun Razak, Cheras pulak untuk lunch together with one of our friends, DDM Farhana or Saf panggil as Ana jer :) Kesian mak buyung sorang ni rindu kat kitaorang..hehehe




Alhamdulillah seronok dah settlekan yang wajib and now barulah boleh pergi makannnn :)
Hari tu rezeki Saf and Ana, Kak Sal belanja we all makan ikan bakar sedap dekat warung kepunyaan kawan Kak Sal. 


 Time ni dah mula nak lupa diri sebab ikan bakar yang we all makan ni SEDAP SANGAT! 
(Photo credit to : www.salleharoslan.com)

We all order ikan pari bakar, ikan talapia, asam pedas ikan kembung, ayam goreng kampung, ulam-ulam and sayur kailan. Total RM45 jer. Alhamdulillah puas hati. Bertambah puas hati bila Kak Sal yang bayarkan. Hehehe Thank you Kak! :)

Semoga Allah lipat-gandakan lagi rezeki akak sekeluarga. Aamiin.

Kedai Yahanana Station ni betul-betul terletak berhadapan dengan Petronas Station Jalan Cochrane, Cheras.



(Photo credit to : www.salleharoslan.com)
Hahaha kalau keluar dengan Kak Sal, you all wajib camera ready tau. Kalau tak ready, jawabnya memang hilang terus kesopanan dalam bergambar >___<




Alhamdulillah lepas dah kenyang makan ikan bakar, tiba-tiba Saf teringat pulak dekat Rojak Cendol Moden Seksyen 24, Shah Alam. 

Saf teruslah ajak Kak Sal and Ana temankan pegi sana. Dalam hati berdoa, tolonglah say YES! Hahaha nasiblah mak buyong memang teringin makan cendol. So, dari Cheras we headed to Seksyen 24, Shah Alam.

Kalau you all teringin nak rasa sendiri rojak cendol moden Seksyen 24, Shah Alam ni, you all boleh waze/google maps or simply click the link : 


Yeayyy dah sampai!
Kedai rojak cendol moden seksyen 24 Shah Alam ni actually dekat medan selera delima, seksyen 24 jer you all.

We all sampai agak awal at that time. Around pukul 5.15pm kitaorang dah sampai area rojak cendol moden seksyen 24 ni. So, sementara nak tunggu kedai bukak at 6.00pm, we all solat Asar dulu dekat Petronas berhadapan dengan medan selera ni.

Solat dulu supaya nanti boleh makan dengan tenang dan aman :) 

Datang weekdays ni memang best sebab you guys boleh nampak kan belakang we all tu still banyak seat kosong :)

Order pun sampai in less than 10 minutes.



Ada lebih 100 jenis cendol moden dekat Rojak Cendol Moden Seksyen 24, Shah Alam ni. 
Saf order Cendol Durian and Cendol Pulut Durian.
Total = RM25




For your info, cendol dekat sini ada 2 size. Small size is RM10 and Large size is RM12.

Yang Saf order ni Large size.

Kalau you all nak tambah pulut dalam cendol durian you all, then you will be charged extra RM1. 

Yang Merah tu apa? Yang merah tu lah pulut :)



Tauhu bakar = RM5.00 jer

 (WAJIB order kalau you all datang sini. Sebab tauhu ni sedap giler. Rangup kat luar and lembut dekat dalam tau. Sos tauhu bakar ni pun sedap.)



Rojak Buah pun RM5 jer sepinggan.
Pun sedap jugak ^___^





Wefie dulu sebelum we all focus pada makanan. 
Hahah we all bila makan memang focus tau! ^____^



Hahaha Saf terkejut sebenarnya masa ni sebab rakan kongsi inform yang dia dah masukkan duit untuk urusan topup on the next day. Elok pulak Kak Sal snap moment ni >____<

Sedapnya ana layan cendol durian :)









Happy Kak Sal tengok durian 101 yang kuning menggoda dalam cendol tu. Puas hati bayar RM12! :)



Obviously lah budak ni yang paling happy sebab finally dapat makan rojak cendol moden sedap dekat seksyen 24, Shah Alam ni.

Best sangat sekali-kala jalan-jalan cari makan dengan sahabat sekepala ni. We all ni nama jer duduk dekat and selalu jumpa, tapi nak dapat peluang spent time macam ni memang agak susah.

So, bila dah dapat let's all out. Hahaha all out makan jer pun :D

Inilah cara we all release stress and berehat sekejap daripada urusan business. 

We work hard, play hard :)

Now, let's work hard for Mekah and Italy pulak! 

Loves,
Saff

Projek HariHari Hari Raya by Crown Diamond Project, Top Leaders Circle

Assalamualaikum and Hi Everyone :)

Lamanya Saf tak berkesempatan update my blog. Saf harap semuanya dalam keadaan sihat and ceria-ceria selalu :)

Dah habis raya, Saf baru nak share kenangan beraya bersama team Crown Diamond Project, Top Leaders Circle after our class last week. 

Hehehe sorry tau. Tapi kemeriahan and semangat ukhwah tu sampai hari ni Saf still boleh rasa. Love you guys! Thank you for being so supportive and kind :)

But before the raya togetherness celebration, we all haruslah belajar dulu kan?. 

Well kali ni, Saf diberi tanggungjawab oleh CDM Salleha Roslan to be the speaker for the day and my topic is about PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

My favourite topic to talk to. Seharian cakap pasal Premium Beautiful pun, Saf tak kisah :D

Walaupun dah biasa jadi speaker for the class, tapi Saf still rasa nervous tau.
Yerlah sebab yang datang bukan calang-calang orang. Yang datang class ni semuanya hebat-hebat belaka. Hebat dari segi minda, semangat dan tindakan.

Bayangkan we all buat kelas ni on Saturday around 10.30am, tapi ada yang pukul 10.00am dah sampai. Hebatkan? :)

Saf salute all of them. Sanggup korbankan masa rehat untuk belajar ilmu yang inshaaAllah boleh bagi income besar pada semua, dalam business ni. 

Malam sebelum kelas tu Saf tido pukul 3.00am untuk finalized my presentation slide tau. 

Actually dah siap before that lagi. Tapi ada jer idea nak tambah and rasa rugi kalau Saf tak gunakan session ni untuk sungguh-sungguh berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat Crown Diamond Project yang datang. Semoga pengalaman Saf yang tak seberapa tu dapat memberi manfaat pada semua yang hadir :)

Okaylah kemain lagi Saf membebel panjang (Hahaha you guys boleh imagine tak kalau Saf yang pegang MIC? >___< ).

Jom Saf belanja gambar-gambar sekitar majlis Projek Hari-Hari, Hari Raya by Crown Diamond Project, Top Leaders Circle yang berlangsung pada Sabtu ( August 6th, 2016) di Stokist Shah Alam.

Special thank you to Abang Mie, orang yang bertanggungjawab ambik gambar-gambar yang cecantik ni, Dah level profesional photographer dah ni :D



Yang baju biru gelap tu lah Abang Mie. Orang kuat aka Ayah dalam team Crown Diamond Project ni. Selain tu merangkap photographer rasmi team kami dan Abang PA System jugak..Hahahah banyaknya kerja Abang Mie :D

By the way, thank you Abang Mie for the pictures :)



Abang-abang PA sedang bertungkus lumus make sure everything is in placed. Thank you Zul, Nuzul and Abang Mie for the tip-top services. Kalau takde mereka, nescaya kelas kita akan sunyi sepi and gelap gelita pada hari tu >__<



1000BV Award Plaques for CDPians who achieved the target.
Ramai kan? :)




Wahhhh Swarovski :)
Siapalah yang bertuah dapat special hadiah from our beloved CDM Salleha Roslan ni kan? 

Gigih CDM Kak Sal susunkan award-award ni before the class started. Thank you CDM sebab selalu bagi yang terbaik untuk kami :)

Semoga Allah panjangkan usia dan beri kesihatan yang baik pada Kak Sal untuk terus memimpin kami. Aamiin :)



Cheesekut made by my business partner aka kakak kesayangan, bakal DSM Kak Aisah. 

Tapi sayangnya, lepas kelas Saf dapat tengok bekas cheesekut ni jer >__<

Hehehehe tapi don't worry, Saf dah paksa Kak Aisah buat lagi special for me. So, you all sila jealous :D 





Yeayyy banyaknya foods.

Thank you sahabat-sahabat CDP yang pemurah bawak all these food. Ada rendang hitam, chocolate cake, nasi lemak, cheesekut, satay, nasi impit, kuah kacang, bubur durian, bihun goreng and many more.

Alhamdulillah Saf sempat jugak merasa nasi lemak, bihun goreng and sekeping daging rendang hitam..hahahha OKlah tu daripada tak merasa langsung kan? :D

Semoga Allah balas kebaikan you all bawa semua food ni dengan kebaikan dunia akhirat. Aamiin :)

Sejuk mata tengok kasut tersusun cantik macam ni. 

Terserlah tata-susila sahabat-sahabat yang datang hari tu :)

Tahniah team! :D



Wahhh full house! :)





Semangatnya we all nyanyi lagu kebangsaan SHOM. 
Ha ni lah salah satu rahsia kejayaan. 
Wajib nyanyi penuh semangat and out loud :D

Emcee of the day.
DDM Salina Salleh aka DDM Dyna Salleh.

Tak puas tengok Kak Dyna pegang mic. Hopefully next class, Kak Dyna boleh jadi emcee lagi :D

Saf speaker pertama of the day.
MashaaAllah bila bangun and tengok depan, ramainya sahabat-sahabat CDP yang datang. 
Terus rasa nervous. Hahaha tapi nervous tu 2 minit jer. Sebab bila dapat pegang MIC, terus lupa diri >___<



Sepatutnya slot Saf cuma 40 minit, tapi jadi 1 jam sebab banyak sangat nak share dengan sahabat-sahabat CDP. Sorry eh Kak Sal sebab over masa :D

Thank you pada yang sudi dengar :)

Slot kedua of the day by Abang Fendi (suami kepada DDM Kak Dyna Salleh)

Slot paling best sebab topic Abang Fendi ni adalah kisah benar macam mana suami yang dulunya tak berapa menyokong isteri berniaga dengan Top Leaders Circle , akhirnya bagi sepenuh sokongan pada perniagaan isteri.

Memang best and we want to hear more. InshaaAllah lepas ni akan ada special session by Abang-abang maskulin pulak :)


Slot ketiga of the day is by DDM Farhana.
Seronok tengok Ana jadi cikgu sains and buat demo about TUALA WANITA BIOSELEZA.



Sporting kan husband Ana, Zul? :)
Siap tolong jadi microphone stand lagi :D



Teruja tengok demo Bioseleza by DDM Farhana! ^___^

Lepas tengok demo Bioseleza tu, memang bersyukur sangat yang Saf pakai tuala wanita yang bukan setakat cegah kebocoran, tapi melindungi asset berharga Saf (sistem peranakan)



Kemain lagi sahabat-sahabat CDP record video demo Bioseleza on that day. 

Alhamdulillah kami semua dah bertukar kepada TUALA WANITA BIOSELEZA.



Congrats bakal DSM Kak Aisah on the 1000BV award. 

I'm soooo proud of you :) 

Dalam busy bekerja pun masih boleh berniaga tanpa stress. Yerlah berniaga dengan Top Leaders Circle ni, kena spend masa 2 jam jer pun sehari :)

Let's do more Kak! :D



Congrats bakal DDM Kak Ujie on the 1000BV award!
Let's do more and lahirkan lebih ramai pewaris 1000BV award :D



Congrats bakal SSM Jian (baju kurung biru) on the 1000BV award :)

I'm soooo proud of you. Follow Kak Aisah dan Kak Ujie rapat-rapat sampai dapat ya dear? :)

Suka tengok gambar ni. Sebab gambar ni jelas menunjukkan yang business kami ni business bermentor.

Apa yang mentor dah capai, tak mustahil untuk rakan kongsi lain capai jugak.

Copy paste jer, confirm dapat :)



Anak-anak dapat award, mak mestilah kena dapat jugakkan? :D

Thank you Kak Sal for the 1000BV award plaque. Cantik sangat :)

p/s : I'm not pregnant. It just angin dari kipas yang sangat laju berputar atas we all, buatkan I look buncit :D
(hahahha tu pun nak cerita kan? :D )


Congrats All! :D

Almost 30 CDPians yang terima 1000BV award on that day. InshaaAllah next class, SATU CLASS ambik 1000BV award ni kay? :D


Inilah wajah-wajah pemilik bag biru Swarovski tu.
Congrats ladies! :D



Before we all proceed dengan activity makan, we all sempat celebrate birthday for July's babies. Happy birthday all! :D


Alhamdulillah muka senyum kami yang bertugas pada hari tu :)

Lepas dah habis kelas baru terasa lapar :p

Tulang belakang team Crown Diamond Project, Top Leaders Circle.

OK nanti tambah one more person in the picture kay? :D


Kelas dah lama habis, tapi rakan kongsi Saf ni tak nak balik-balik lagi..Hehehe

Memang best lepak-lepak lepas habis kelas. Masa ni lah dapat rapatkan ukhwah between us.

By the way, Tq bakal DDM Liyana Tahar and bakal SSM Anis Hani yang datang jauh dari Terengganu and Kelantan to be with us :)




With my beautiful ladies.
(From left : DSM Ujie, DSM Liyana, SSM Anis, Myself, CDM Salleha, SSM Syafriza, SSM Suzila, DSM Qila)

Thank you for coming and spent your Saturday with us ladies.
InshaaAllah berkat Ilmu, bertindak dan rujuk, all your dreams will come true :)


With my soon to be SM Ema.

Jauh tau Ema datang dari Johor Bharu, semata-mata nak belajar ilmu yang boleh besarkan income dalam business ni.

Thank you for coming Ema and Kak Saf tak sabar nak celebrate your 1000BV award next month :)

By the way, tengok baju kita ni, Kak Saf terasa teringin pulak nak minum sirap bandung ^___^




With my beloved CDM Salleha Roslan.

Thank you Kak Sal atas kepercayaan yang Kak Sal bagi pada Saf untuk berkongsi pengalaman sebagai Premium Beautiful Expert dengan sahabat-sahabat CDP yang lain. 

Kalau you all nak tahu, my mentor ni lah tempat rujukan utama Saf bila anything yang melibatkan PREMIUM BEAUTIFUL. 

Tengoklah my mentor ni, anak 3 orang tau. Tapi kalah anak dara kan? :D



Thank you all for coming to the class and I'm soooo looking forward to meet up with all of you again next month. InshaaAllah :)


If you all want to be part of us, jangan segan-segan tanya Saf kay? InshaaAllah dari strangers, kita akan jadi rapat macam sahabat dan keluarga :)


013-3011330
SAFF 


Loves,
Saff