Tuesday, 30 August 2016

Happy 59th Independence Day Malaysia!

Happy 59th Independence Day Malaysia!



Alhamdulillah dah 59 tahun dah Malaysia BEBAS daripada kuasa penjajah.

Alhamdulillah jugak selama 31 tahun Saf hidup di Malaysia dan di dunia ni, Saf tak pernah merasai suasana susah dan pahitnya perlu berjuang untuk merdeka.


Saf rasa as a youngster kita sangat perlu appreciate susah payah orang-orang terdahulu yang berjuang membebaskan dan memerdekakan Malaysia untuk generasi masa depan. 

Syukur kita tak perlu melalui keadaan dan perasaan perlu berperang dan sentiasa dalam ketakutan sebelum merdeka.

May Allah blessed them and semoga Allah bagi ganjaran syurga buat mereka. 
Aamiin.

Tapi perasan tak walaupun Malaysia dah merdeka selama 59 tahun, tapi minda kita masih lagi belum "merdeka". Jiwa dan minda kita masih "di jajah".

Apa pengertian Merdeka pada you all?

Pada Saf, 
merdeka ni adalah bila kita mampu bebaskan diri kita daripada dijajah oleh sifat negative dalam diri sendiri dan bila mana kita berjaya untuk tidak ambil peduli dengan kata-kata manusia lain yang takkan membantu kita untuk lebih maju dan lebih baik untuk masa akan datang.

Bebaskanlah diri kita daripada belenggu kata-kata mereka yang tak membantu kita bebas dan merdeka. Contohnya :

 "Kalau aku, buat macam tu nanti apa yang orang akan kata ya? " 
" Aku malu kalau aku berniaga nanti orang akan ingat aku ni susah."
"Aku takut hilang kawan-kawan bila aku berniaga nanti."

SubhanaAllah. 
Selagi kita ada rasa MALU dan TAKUT. Selagi itu kita takkan pernah merasa erti BEBAS dan perasaan FREEDOM. 

Saf doakan semoga sahabat-sahabat yang membaca post ni akan MERDEKA dari perasaan malu dan takut. 

Enough is enough.
.
.


Kalaulah perasaan takut dan malu boleh merdekakan ekonomi kita dunia akhirat, sila teruskan. Tapi kalau ianya masih buatkan kita masih ditakuk lama, maka berubahlah!



Salam Sehati Sejiwa buat semua :)

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment