Saturday, 6 August 2016

Rojak Cendol Moden Sedap Di Seksyen 24, Shah Alam

Alhamdulillah dapat jugak merasa rojak dan cendol yang sedap di Seksyen 24, Shah Alam last Thursday.

Dah lama Saf mengidam nak makan cendol durian seksyen 24, Shah Alam yang pernah jadi viral di facebook ni. My auntie and uncle yang dah pergi merasa cendol durian seksyen 24, Shah Alam ni pun bagi feedback yang positive. They said berbaloi beratur panjang dan puas hati makan isi durian dalam cendol tu. 

And I was likeeeeee..OK Thank you for making me drooling >____<

Saf selalu nak pegi makan rojak cendol Seksyen 24, Shah Alam ni on weekdays sebab Saf  tak sanggup nak beratur panjang. Kalau nak tunggu my sister, jawabnya memang terpaksa pergi on weekend lah jawabnya.

Ditakdirkan Allah, hari Khamis baru-baru ni, Saf berpeluang ke kelas Tafseer Alquran by Ustazah Dr. Fateema di Surau Taman Mulia, Bukit Antarabangsa together with my mentor yang dah macam my sister dah.

This time around, we all belajar about Surah Al-Baqarah. 
Surah kedua dalam Al-Quran dan mempunyai 286 ayat dan merupakan Surah yang terpanjang dalam Al-Quran.

Bestnya surah Al-Baqarah ni. 
Ustazah Fateema share the reasons why Al-Baqarah comes after surah Al-Fatihah. 

Selama ni kita baca jer. Tapi tak pernah ambik tahu KENAPA dan APA fadhilat surah-surah dalam Al-Quran ni. Alhamdulillah, Saf bersyukur sebab Allah lapangkan masa dan lorongkan hati Saf untuk kenal dan cinta pada Al-Quran. Doakan Saf istiqamah yer? :)

Selfie dulu sementara tunggu ketibaan Ustazah Dr. Fateema. 

Kalau kita ada rasa "menyampah" atau "jealous" dengan sahabat-sahabat yang pergi menuntut ilmu. Itu perasaan yang bagus :) Sebab dalam Islam pun dah mentioned, cemburu yang baik ialah bila kamu cemburu orang lain berkejar-kejar siapkan saham Akhirat :)

Apepun niat kami bukanlah nak menunjuk. Sekadar memberi Inspirasi pada yang punya niat tambah ilmu Akhirat macam kami. Sebab we all pun dulu makan gaji jugak. Teringin nak pegi kelas-kelas macam ni. Tapi selalu sangat ada cabaran dari segi masa. 

Alhamdulillah bila dah bekerja sendiri ni, we have time to go for this kind of classes. Saf doakan semoga hati-hati yang sakit tengok kami pergi kelas tafseer ni, diberikan Allah hidayah dan peluang untuk rasa nikmatnya bekerja sendiri. Aamiin :)

Lagi satu, Saf rasa perkara baik macam ni tak perlu disorok. Kan seronok bila ramai yang tahu about class macam ni and datang untuk tambah ilmu. You all jugak dapat sahamnya nanti. 
Jangan jadi selfish sebab kita takkan masuk syurga tanpa dipersoalkan apa tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah.




Ustazah Fateema kongsi, bila Allah sayang pada hamba-hambaNya, Allah akan dekatkan hambanya dengan Ilmu. SubhanaAllah. I feel like crying and I pray I will always have time to learn. Tak kisahlah ilmu dunia atau akhirat. Yang penting ilmu tu akan beri manfaat pada kita dunia akhirat. Sebab ilmu yang baik itu, definitely come from ALLAH :)

There are too many info to share with all of you, InshaaAllah kalau ada kelapangan Saf akan share lagi kay?

 But for now Saf nak kongsi 5 hadis sahih berkenaan dengan surah Al-Baqarah :

1. Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang membaca Al-Baqarah di dalam rumah pada 1 malam, syaitan dan jin tidak akan masuk ke rumah itu untuk 3 malam. Kalau you all tak sempat nak baca the whole surah, cara yang paling mudah adalah dengan pasang surah Al-Baqarah through online ataupun beli CD yang mengandungi Surah Al-Baqarah. Bayangkan dengar pun dah dapat pahala, apatah lagi kalau kita ada peluang nak membaca surah Al-Baqarah ni kan? :)

Ustazah Fateema kongsi jugak, kalau suami-isteri selalu bergaduh, anak-anak bergaduh dan rasa tak seronok nak balik rumah, pasanglah surah Al-Baqarah di dalamnya.

2. Setiap yang Allah jadikan mempunyai kedudukan tertingi masing-masing. Dan Al-Baqarah merupakan surah tertinggi dalam Al-Quran.

3. Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca Surah Al-Baqarah, InshaaAllah akan terselamat dari tukang sihir, ilmu hitam ataupun sebarang perkara tidak baik yang hendak dituju kepada kita.

 Jom you all, kita amalkan ayat Kursi. Sebab Ayat kursi actually adalah sebahagian daripada ayat surah Al-Baqarah, 

4. Seiapa yang menghafal dan mengamalkan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran, di akhirat nanti, mereka akan berada di barisan paling depan dan selepas barisan mereka, barulah barisan ahli Al-Quran

Dan di atas kepala mereka yang mengamalkan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran ni, terdapat awan yang memayungkan mereka dari rasa panas dan dahaga. MashaaAllah besarnya hikmah dan rezeki yang Allah bagi pada pengamal surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran kan?

5. Rasullullah SAW sebelum keluar berperang, baginda SAW akan memilih ketua rombongan yang pandai dan fasih surah Al-Baqarah.


Lepas habis kelas Tafseer, Saf and Kak Sal ke Bandar Tun Razak, Cheras pulak untuk lunch together with one of our friends, DDM Farhana or Saf panggil as Ana jer :) Kesian mak buyung sorang ni rindu kat kitaorang..hehehe




Alhamdulillah seronok dah settlekan yang wajib and now barulah boleh pergi makannnn :)
Hari tu rezeki Saf and Ana, Kak Sal belanja we all makan ikan bakar sedap dekat warung kepunyaan kawan Kak Sal. 


 Time ni dah mula nak lupa diri sebab ikan bakar yang we all makan ni SEDAP SANGAT! 
(Photo credit to : www.salleharoslan.com)

We all order ikan pari bakar, ikan talapia, asam pedas ikan kembung, ayam goreng kampung, ulam-ulam and sayur kailan. Total RM45 jer. Alhamdulillah puas hati. Bertambah puas hati bila Kak Sal yang bayarkan. Hehehe Thank you Kak! :)

Semoga Allah lipat-gandakan lagi rezeki akak sekeluarga. Aamiin.

Kedai Yahanana Station ni betul-betul terletak berhadapan dengan Petronas Station Jalan Cochrane, Cheras.



(Photo credit to : www.salleharoslan.com)
Hahaha kalau keluar dengan Kak Sal, you all wajib camera ready tau. Kalau tak ready, jawabnya memang hilang terus kesopanan dalam bergambar >___<




Alhamdulillah lepas dah kenyang makan ikan bakar, tiba-tiba Saf teringat pulak dekat Rojak Cendol Moden Seksyen 24, Shah Alam. 

Saf teruslah ajak Kak Sal and Ana temankan pegi sana. Dalam hati berdoa, tolonglah say YES! Hahaha nasiblah mak buyong memang teringin makan cendol. So, dari Cheras we headed to Seksyen 24, Shah Alam.

Kalau you all teringin nak rasa sendiri rojak cendol moden Seksyen 24, Shah Alam ni, you all boleh waze/google maps or simply click the link : 


Yeayyy dah sampai!
Kedai rojak cendol moden seksyen 24 Shah Alam ni actually dekat medan selera delima, seksyen 24 jer you all.

We all sampai agak awal at that time. Around pukul 5.15pm kitaorang dah sampai area rojak cendol moden seksyen 24 ni. So, sementara nak tunggu kedai bukak at 6.00pm, we all solat Asar dulu dekat Petronas berhadapan dengan medan selera ni.

Solat dulu supaya nanti boleh makan dengan tenang dan aman :) 

Datang weekdays ni memang best sebab you guys boleh nampak kan belakang we all tu still banyak seat kosong :)

Order pun sampai in less than 10 minutes.



Ada lebih 100 jenis cendol moden dekat Rojak Cendol Moden Seksyen 24, Shah Alam ni. 
Saf order Cendol Durian and Cendol Pulut Durian.
Total = RM25




For your info, cendol dekat sini ada 2 size. Small size is RM10 and Large size is RM12.

Yang Saf order ni Large size.

Kalau you all nak tambah pulut dalam cendol durian you all, then you will be charged extra RM1. 

Yang Merah tu apa? Yang merah tu lah pulut :)



Tauhu bakar = RM5.00 jer

 (WAJIB order kalau you all datang sini. Sebab tauhu ni sedap giler. Rangup kat luar and lembut dekat dalam tau. Sos tauhu bakar ni pun sedap.)



Rojak Buah pun RM5 jer sepinggan.
Pun sedap jugak ^___^





Wefie dulu sebelum we all focus pada makanan. 
Hahah we all bila makan memang focus tau! ^____^



Hahaha Saf terkejut sebenarnya masa ni sebab rakan kongsi inform yang dia dah masukkan duit untuk urusan topup on the next day. Elok pulak Kak Sal snap moment ni >____<

Sedapnya ana layan cendol durian :)









Happy Kak Sal tengok durian 101 yang kuning menggoda dalam cendol tu. Puas hati bayar RM12! :)



Obviously lah budak ni yang paling happy sebab finally dapat makan rojak cendol moden sedap dekat seksyen 24, Shah Alam ni.

Best sangat sekali-kala jalan-jalan cari makan dengan sahabat sekepala ni. We all ni nama jer duduk dekat and selalu jumpa, tapi nak dapat peluang spent time macam ni memang agak susah.

So, bila dah dapat let's all out. Hahaha all out makan jer pun :D

Inilah cara we all release stress and berehat sekejap daripada urusan business. 

We work hard, play hard :)

Now, let's work hard for Mekah and Italy pulak! 

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment