Monday, 16 October 2017

Resipi Sotong Goreng Tepung Sedap Dan Tak Meletup!


Assalamualaikum everyone! 

Harini Saf rajin pulak nak share dengan you all resipi sotong goreng tepung yang sedap and tak meletup bila digoreng.

Lol penting you all part tak meletup tu disebut sebab nangislah kalau muka comel tu dah tak comel gara-gara sotong kan? >__<


So yes! This resipi sotong goreng tepung sedap and tak meletup ni di jamin selamat untuk muka comel you all :)

By the way, weekend baru ni Saf sempat balik Perak and since my mom kebetulan ada mesyuarat JKKK beliau, maka dapur mak tu jadi dapur Saflah for that day :p

Hehehe Saf memang jarang masak makanan berat dekat KL ni sebab time ni lah boleh jaga makan. 
So bila balik Perak, memang Saf suka masak dekat dapur mak ni sebab serba lengkap. Sebut jerlah you all nak ape. Semua ade :D

So cut story short. 
Masa tu temankan mak beli ikan dekat Pantai Remis sebab mak mengadu ikan-ikan dekat pasar tu "ikan ais" and tak fresh sebab banyak sangat letak ubat awet mayat. Mak kate rasa tak sihat makan ikan-ikan dekat pasar tu. Makanya sejam setengah jugaklah kena drive dari rumah ke Pantai Remis. 

Sampai-sampai jer ikan dah sedia ada and fresh-fresh belaka! Selain tak guna ubat awet mayat, paling penting lagi is harganya yang lebih murah dari harga ikan mayat dekat pasar tu :D

Tapi sedihnya Saf lupa nak ambil gambar sebab excited tengok ikan-ikan segar tu.

Sempat jugaklah Saf request mak pilihkan sotong sebab sebenarnya nak tunjuk dekat mak yang Saf boleh masak sotong goreng tepung yang tepung tak lekang dari sotong and crunchy walaupun dah sejuk. Hahahah macam lah mak tak tau kan? Tapi saja suka nak mak puji :p

By the way apa yang istimewa pasal sotong goreng tepung Saf ni?:

1/ Of courselah SEDAP! lol 
Tak percaya nanti you all try la. Walaupun dah sejuk, tapi masih crunchy tau! :)

2/ Saf tak pakai tepung segera yang banyak giler MSG tu. 
Pening kepala bau MSG yang terlampau banyak and garam pun banyak jugak. Masin ya amat lepas goreng. Ishhh garam macam ni tak bagus sebab ni garam yang boleh sebabkan gemok uols! ^__^

3/ Saf buat sendiri tepung celup sotong ni. Kos pun murah jer and paling penting NO MSG , NO AJINOMOTO

4/ Lagi satu sotong goreng tepung Saf ni tak meletop masa you all goreng. Penting ok part tak meletop ni sebab habislah muka comei tu nanti kalau muka dah kena minyak. Asset pemberian Allah tu kena jaga uols :D

5/ Sotong dan tepung tak bercerai-berai dalam kuali. Selalu kan kalau you all goreng sotong celup tepung tu mesti at the end tinggal sotong jer kan? Tepungnya tah ke mana-mana. 
Haaaa sotong goreng tepung Saf ni THORBAIK. InshaaAllah tepung dan sotong bersatu sampai lah masuk ke dalam mulut dan perut you all :D

6/ Murah dan jimat. Kalau takde anak ramai pun puas makan you all. Sebab boleh goreng banyak.

Okaylah mesti you all dah tak sabar nak tahu resipi sotong goreng tepung sedap dan tak meletup ni kan?
Haaaa meh Saf share. 

Bahan-bahannya :

1/Sotong
Ini pelakon utama. Takde ni tak jadi resipi you all :p 




Basuh sotong bersih-bersih and potong bulat-bulat camni. Kalau tak suke bulat, potonglah ikut bentuk yang you all suke :D



Lepas dah basuh bersih, tuang la sesudu atau dua sudu cuka buatan ni dekat sotong yang dah dibersihkan tu. 
Gaulkan sama rata supaya semua sotong terkena cuka ni. 
Jangan you all rendam pulak dengan cuka ni sebab kite bukan nak buat sotong jeruk yer.
Function cuka ni adalah untuk keluarkan air dalam sotong. so bila you all goreng sotong tu taklah sotong tu meletup-letup.

(P/s : Besar tak botol cuka rumah mak Saf? Heheh she loves to cook ikan masak cuka and bila masak memang akan masak banyak. So memang takde istilah botol kecik kat rumah my mom :D )




Ok bila dah letak cuka tu. Kite basuh balik sotong kesayangan ni dengan air biasa. Bilas dan toskan macam kat atas tu. Biar sotong tu kering.

Saf normally akan siang sotong ni awal-awal supaya bila nak masak sotong ni dah kering dari air.
kalau you all nak cepat,lap lah sotong tu dengan tisu dapur pun boleh. Takde masalah.




Bahan-bahan tepung :
1/ Tepung gandum
2/ Tepung Jagung
3/ Sedikit garam
4/ Lada hitam atau Lada sulah 

Yang hitam tu lada hitam yang Saf tumbuk tau.

Cara-cara:
- Sukatan Saf ikut sotong. Kalau banyak sotong, banyaklah tepungnya. 

- Tepung gandum mesti lebih dari tepung jagung yer. Tepung jagung tu pun agak-agak jer letak.

- Asalkan tak sama banyak dengan tepung gandum dah okay dah. 

- Garam tu sikit jer kalau you all tak suka masin. 

- Lada hitam atau lada sulah tu optional. Ikut la yang mana ada kat rumah you all.

Bahan seterusnya adalah TELUR.
Ni Saf pakai 3 biji size A. Pastu tak habis. Buat je telur dadar lepas tu. Jangan membazir.


Telur ni uols jangan pukul beria ok? Just pukul manja-manja jer sebab function utama telur ni adalah untuk lekatkan sotong dengan tepung yang kita dah 
buat kat atas tu.


Okay bila semua bahan-bahan dah ready, now time to menggoreng! :)

1/ Panaskan minyak. Tak perlu banyak pun sebab kite kena amalkan konsep berjimat.

2/ Masukkan sotong dalam telur. Kacau sotong tu biar semua sotong kena telur yang dah dipukul tu. Saf normally akan masukkan sikit-sikit. 


3/ Bila sotong semua dah disalut telur dengan sempurna, guna penyepit untuk salutkan sotong dengan tepung yang kite dah bancuh tadi.

Jangan guna tangan yer you all. Sebab takut tepung tu melekat kat tangan jer lebih. 

4/ Dah salut tepung, masuk kan dalam kuali and gorenglah sampai masak. Kene rajin balik-balikkan supaya tepung jadi rangup krup krap krup krap ^__^


5/ Ulang proses 2-4 sampai semua sotong habis di masak.





Tadaaaaa inilah hasilnya selepas di goreng! 

Sedap yaaaa amat! Abah Saf makan sampai licin pinggan :D
Termasuklah adik bongsu Saf. Heheheh seronok tengok orang selera makan hasil air tangan kite :)

Ishhhh lapar pulak masa tulis post ni sebab teringat betapa sedapnya sotong goreng tepung nih
 ^___^






Hari yang sama, Saf terlebih rajin so, Saf masaklah jugak sambal telur and sayur kangkung goreng belacan.
Alhamdulillah banyak Saf makan sebab dua-dua masakan favourite! Hahah aiyooo nasiblahhhh sarung Premium Beautiful. Boleh jugak bagi warning bila perut dah penuh :D


Selamat mencuba resipi sotong goreng tepung sedap dan tak meletup ni ok? 
Cost semua ni tak sampai RM30 pun.
Yerlah sotong pun bukan murah kan? Kalau makan kat kedai, satu senduk sotong goreng tepung dah RM5.00, then baiklah masak sendiri.


Jimat dan sihat!
sedap pulak tu.
hehhehe

Okaylah selamat mencuba ok?
Kalau dah cuba and you all suka resipi ni, bagitau Saf ok? 

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment