Friday, 31 August 2018

Kejar Mentor Sampai Ke Melaka

Kejar mentor sampai ke Melaka!

Jarak 127km daripada Shah Alam ke Melaka tu Saf rasa dekat jer, bila dalam hati sendiri dah set, "AKU MESTI SAMPAI MELAKA!"
Alhamdulillah akhirnya berjaya sampai ke Melaka dengan selamat!  :)


Saf with BDDM Kak Ujie.
Kebetulan Kak Ujie cuti masa ni, so we all decided carpool jer ke Melaka.


Tahu tak kenapa?
 sebab ilmu yang mentor Saf nak kongsikan di Melaka ni sangat power, Saf langsung ambil peluang ke Melaka dengan rakan kongsi Saf sebab kami nak dengar sendiri dengan telinga kami dan tengok sendiri perkongsian hebat daripada mentor Saf!

Memang dari awal berniaga dulu, Saf lebih suka kepada kelas fizikal walaupun zaman dah makin maju dengan adanya kelas online melalui FB LIVE, tapi "feel" dia tak sama!


Sebab bila dalam kelas fizikal, kita akan dikelilingi dengan kawan-kawan yang "aura"nya sama dengan kita. Bila "aura" tu sama, energy yang keluar pun boleh jadi luar biasa!


Sebab tulah bila balik jer dari kelas fizikal, Saf akan rasa sangat-sangat recharged! 

Banyak ilmu yang Saf dapat daripada kelas di Melaka ni. 
Antaranya pesanan daripada sifu Multimillionaire Saf, CDM Haji Azlan Deraman yang dah lebih 15 tahun berniaga bersama Sahajidah Haio Marketing (SHOM) dan masih lagi kekal setia bersama SHOM sehingga hari ni. Mentor Saf ni lebih mesra dikenali sebagai CDM Abg Lan



Pesan CDM Abg Lan yang terkesan di hati Saf adalah :
" Setiap usahawan perlu KREATIF.
Macam mana nak jadi kreatif?
Kena selalu bertindak.
Dari tindakan akan lahirnya pengalaman.
Semakin banyak pengalaman yang kita dapat, maka semakin kreatiif lah kita sebagai usahawan!”

Saf setuju sangat dengan pesanan CDM Abg Lan ni. 

Nak jadi creative, mesti kena selalu bertindak
Sebab tu kalau tengok mereka yang dah berniaga lama ni, nampak relax dan cool jer. 
Sebab mereka dah pernah lalui apa yang kita lalui sekarang. So, mereka terus jadi creative untuk selesaikan cabaran yang datang tu sebab mereka dah ada experience sebelum ni.
Sama jugak macam kita kan?
 Orang kata, semakin buat, semakin pandai! Tapi awas, bukan buat-buat pandai ya? :D

Lepas session CDM Abg Lan, ada pulak session yang paling Saf takkan missed setiap kali ke kelas. 
Slot MOTIVASI. 

Motivasi ni sangat penting tau.
 Penting dia tu sama macam mandi! 
Hari-hari kita mandi right? 
Ke ada yang mandi seminggu sekali? :p
So, sama jugak dengan motivasi.
Hari-hari wajib tahu cara nak motivasi diri dan cari perkara yang boleh buat kita bermotivasi! 

Slot motivasi ni disampaikan oleh isteri kepada CDM Abg Lan sendiri iaitu CDM Hajah Siti Rohana atau lebih mesradipanggil sebagai CDM Kak Ana.


Kalau you all nak tahu, CDM Kak Ana ni lah yang mula-mula sekali berniaga dengan SHOM ni tau. Bukannya CDM Abg Lan. 

Jadi, pada isteri-isteri yang sedang berniaga untuk tambah pendapatan keluarga, jangan give up bila suami belum lagi 100% bagi sokongan pada you all kay? You all just kena buktikan yang bisnes yang you all buat sekarang ni akan buatkan hidup you all sekeluarga makin senang in the future! TRUST YOUR DREAMS!

Lelaki ni just nak bukti jer. 
So, buktikan! Jangan biarkan suami sendiri curi impian you all kay? :) 
Pada sang suami, kalau belum boleh sokong 100%, at least doakanlah si isteri berjaya capai apa yang beliau nak capai. Bukan untuk orang lain pun. Untuk suami dan anak-anak jugak :)
Terbebel pulak :p

CDM Kak Ana, pesan dalam kelas di Melaka ni, bila jadi usahawan, kita tak boleh CONFUSE!
Saf suka cerita kura-kura dan pelanduk yang Kak Ana kongsi waktu kelas Melaka aritu. Cerita nya macam ni :

Dalam satu hutan ni adalah seekor kura-kura dan pelanduk. Kura-kura macam biasalah, jalan pun perlahan-lahan sedangkan pelanduk pulak boleh berlari dengan laju.
Pada suatu hari, Pelanduk bertanya pada si kura-kura :

Pelanduk : Hi Kura-Kura! Apa yang akan kau buat kalau tiba-tiba Sang Belang datang kepada kau?

Kura-Kura : Hi Pelanduk!Ibu aku pesan, kalau sang belang datang, aku perlu terus melompat ke dalam lubang yang ade berdekatan dengan aku. 

Pelanduk : Tu je? 

Kura-Kura : Yer. Itu yang ibu aku pesan. Jadi aku ikut jerlah.

Pelanduk: Owh aku pulak, kalau jumpa Sang Belang, aku ada 3 pilihan! Pertama ; aku akan berlari dengan sekuat hati. Kedua; aku akan menyorok di sebalik akar-akar pokok yang ada. Ketiga : Aku akan panjat pokok supaya Sang Belang tak dapat tangkap aku.

Tiba-tiba, sewaktu mereka sedang bercakap, Sang belang pun muncul!
Kura-kura dengan sepantas kilat dengan yakin terus melompat masuk ke dalam lubang yang berdekatan dengan beliau.

Sedangkan pelanduk, masih lagi berfikir-fikir sama ada untuk berlari, menyorok di sebalik akar pokor ataupun memanjat! Sebab semuanya pelanduk boleh buat!

Guess what? Dalam waktu Pelanduk cuba untuk memilih apa tindakan yang beliau nak buat, Sang Belang tanpa berlengah terus menerkam Si Pelanduk! Akhirnya kenyanglah Sang Belang selepas membaham Si Pelanduk yang keliru.


Dapat tak pengajaran daripada cerita si kura-kura dan pelanduk ni? 
Pengajaran daripada cerita si kura-kura dan pelanduk ni boleh kita sama-sama jadikan iktibar dalam berniaga.

1/ Dalam berniaga ni sebenarnya keputusan yang cepat dan tepat tu sangat penting. Kalau kita lambat seminit, pesaing kita dah makin kedepan sesaat! 

2/ Bila kita takde strategy yang terbaik untuk perniagaan kita, follow dulu apa yang mentor atau guru kita kongsikan. 

3/ Jangan CONFUSE! Kadang tu bila dah terlalu banyak stratgey, banyak produk memang boleh confuse. Sebab tu perlunya mentor untuk clearkan kekeliruan kita. (kemain lagi kekeliruan :p )

Bersama sebahagian daripada TLCians yang berpeluang hadir ke Master Your Network - Melaka.
Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Raub, Temerloh, Muar, Negeri Sembilan and Melaka itself!
TAHNIAH semua!
Konsep menuntut ilmu ni, kalau nak ilmu lebih berkat, kita perlu bertalaqi! Jumpa depan-depan bertentang mata dengan guru kita dan kita yang perlu cari guru, bukan guru yang terhegeh-hegeh cari kita.


Dah habis kelas, wajiblah bergambar dengan CDM Abg Lan!
Tengok beliau, memang tak macam Jutawan kan?
Tapi kalau yang kenal beliau, confirm tahu beliau siapa!
Inilah impian Saf, I wanna stay humble walaupun dah bergelar jutawan nanti!
Macam pesan Nabi SAW, letakkan akhirat di hati, dunia di tangan kita.

The one and only CDM Hajah Siti Rohana aka CDM Kak Ana!
Dah 15 tahun masih setia berniaga bersama SHOM. Katanya, malas nak fikir pasal product research, legal requirements and etc. Dengan SHOM ni, ambik jer product yang company dah keluarkan, pakai dan kongsi jer!
Mudah sangat! Buat apa nak pening kepala kan? Which I totally agreed Kak Na! :)




Thank you MELAKA!

Berminat untuk tambah pendapatan keluarga secara part-time?
 Jom join PROJEK SIDE INCOME TLC!
Modal very flexible and zero risk!
Yang penting dalam masa 3 bulan, kalau follow steps yang betul, InshaaAllah income solid 4 angka!

Click link ni SEKARANG!
www.wasap.my/60133011330

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment