Monday, 13 August 2018

Table Talk with CDM Hajah Siti Rohana and Picnic at BBQ Lamb KL Kemensah

Assalamualaikum and good day everyone!
Alhamdulillah it has been a great weekend for me last week.
Hope you guys did too! :)

On Saturday 11/8/2018, our team dapat special invitation for a table talk with someone special iaitu CDM Hajah Siti Rohana atau lebih mesra kami panggil sebagai "CDM Kak Ana"
Bukan calang-calang orang tau yang Saf jumpa ni.

Beliau dah memulakan perniagaan korset Premium Beautifl bersama Sahajidah Haio Marketing (SHOM) ni selama 12 tahun dan masih lagi kekal bertahan sampai hari ni.

Waktu awal beliau mulakan perniagaan korset Premium Beautiful ni, beliau hanya guna teknik OFFLINE sahaja! Means approach orang face-to-face, door-to-door! Hebat kan? 

Saf sendiri belum mampu lagi nak buang rasa malu nak ketuk pintu rumah orang untuk share pasal korset Premium Beautiful ni. OR should I just starts doing it? 



So, ilmu, semangat dan pengalaman offline beliaulah yang Saf nak "pinjam" untuk saf terus maju bersama kumpulan dengan berniaga korset Premium Beautiful ni.

Alhamdulillah Saf ada pengalaman dan sedikit ilmu berniaga secara online tapi kalau bergabung dengan ilmu otai-otai offline, confirm sales lagi kebabom kan? :)

Seriousnya muka Saf. Hehehe actually tengah sangat-sangat focus and dengar point-point penting untuk my to-do-action lepas ni. One thing you all kena tahu, Saf ni jenis yang kalau melibatkan benda-benda penting for my life and business, I will always take it seriously. 


Banyak kata-kata semangat, tips dan teguran yang beliau kongsi waktu table talk tu. 
Walaupun Saf tak share apa cabaran yang sedang Saf hadapi sekarang ni dengan beliau, tapi beliau seolah-olah tahu jer apa yang ada dalam kepala Saf waktu tu. 
Hahaha macam bomoh kan? But she's definitely not!

Mungkin sebab beliau pernah mengalami situasi yang sama macam Saf dan kawan-kawan yang lain waktu beliau di tempat kami di awal-awal waktu berniaga dulu yang buatkan perkongsian beliau rasa terlalu dekat di hati :)


Paling terkesan pada Saf waktu table talk tu adalah bila CDM Kak Ana pesan :
" Perniagaan ni bukan suatu pertandingan. Perniagaan ini adalah suatu PERJUANGAN. Sebab kalau perniagaan ini suatu pertandingan, pasti perlu ada yang menang dan kalah. Kita nak menang sama-sama. Bisnes ni adalah perjuangan sebab kita perlu berjuang lawan malas kita, ketakutan kita dan ragu-ragu kita terhadap keupayaan kita."

Masa dengar jer CDM Kak Ana cakap macam tu, terus rasa sebak! 
YES!YES!YES!
 Perniagaan ini adalah PERJUANGAN! 
I don't compete with others, but I do compete with myself! 

Sebab bila kita compete dengan orang lain, kita sendiri akan rasa penat sebab sentiasa nak tunjuk yang kita ni lebih bagus dan lebih berjaya dari dia. Arghhh I don't want that! 
I hate that "competing feeling" againts others!
Sangat tak sihat sebab it make us tak focus pada goals kita sendiri.

 Paling takut orang yang suka compete dengan orang lain ni adalah dia buat sesuatu sebab dia hanya nakkan pujian dan perhatian manusia.

I certainly don't need people to recognize me. 
Cukuplah Allah yang menilai dan recognize segala perbuatan Saf. 
Mudah-mudahan Allah redha dengan usaha Saf selama ni. Aamiin.

With the team! Always recharged everytime seeing all of them! :)

Ada banyak lagi perkongsian CDM Kak Ana waktu table talk tu. 
Yerlah jutawan yang dah berniaga lebih 12 tahun, mestilah banyak benda nak share kan? 
So, 2 jam tu memang takkan cukup!  Looking forward to have more table talk session with you Kak Ana! :)

Beliau adalah gambaran masa depan Saf. Dari hanya seorang yang hidupnya hanya biasa-biasa, tapi sekarang beliau hidup dalam keadaan terlalu luar biasa! Of course lah nak hidup luar biasa, takkan boleh dicapai dengan tindakan yang biasa-biasa. Setuju? :) 
InshaaAllah Saf nak sangat jadi jutawan dunia akhirat yang sentiasa merendah diri dan boleh bergaul dengan semua orang macam beliau. Aamiin.

Thank you CDM Kak Ana untuk kata-kata semangat, tips dan teguran yang Kak Ana berikan. InshaaAllah Saf takkan lupa dan semat dalam hati untuk terus kuat berjihad dalam bisnes ni. 

Orang cakap muka kami sama! 
Hahaha baguslah tu. Tu tandanya jodoh kami kuat! Inshaaallah.

Thank you Kak Ujie for spending your time for the table talk! Jom kita gunakan kata-kata semangat yang Kak Ana dah bagi untuk kita melangkah lebih laju, jauh dan maju lagi sama-sama dalam bisnes ni :)


After the table talk, all of us ambil peluang untuk picnic di BBQ LAMB KL KEMENSAH! 

Ala yang pernah viral makan dalam air tu. Hahah means kerusi meja letak dalam sungai and kaki kita akan terendamlah dalam sungai tu waktu tengah makan tu. 

BBQ Lamb KL Kemensah ni actually area dia located exactly belakang area Zoo Negara. 
Saf actually first time pegi belakang Zoo Negara tu and baru Saf tahu ada kampung and air terjun rupanya kat belakang Zoo Negara tu! 

Cumanya jalan agak kecil and berselekoh sikit sebab naik bukit kan? So, parking area memang agak mencabar. Tapi jangan risau sebab ada parking space yang you all kena bayar RM5.00/entry.

Alhamdulillah Saf sampai KL BBQ Lamb Kemensah tu around 3.30pm macam tu and orang dah mula gerak balik. So, agak mudah jugak nak dapat parking space :)

BBQ Lamb KL Kemensah ni bukak jugak for dinner. 
So, nah Saf share operating hours BBQ Lamb KL Kemensah ni, kot-kot you all teringin jugak nak picnic dalam air macam Saf! :)

*Starting 1st August 2018
OPERATION HOURS.

Monday~Thursday
12pm~4pm (lunch river)
3pm~6pm (hitea)
6pm~10pm (dinner)

FRIDAY
4pm~6pm (hitea)
6pm~10pm (dinner)

SATURDAY & SUNDAY
12pm~4pm (lunch river)
7pm~10pm (dinner)


BBQ LAMB KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
012-211 4100 whatsapp


Location BBQ LAMB KL Kemensah


Nilah food yang we all order. 1 set ni untuk 4 orang makan. So bolehla share-share :)
Harga kalau tak silap Saf RM120 untuk 1 set 4 pax ni. 
Food wise memang sedap! Ada lamb, beef, itik and ayam dalam set ni.
Set ni ada coleslaw jugak sebenarnya. Tapi sebab masa tu dah terlalu lapar, maka terlupa terus nak snap gambar coleslaw tu bila sampai table kitaorg. hahaha perangai masing-masing sangat bile berkumpul macam ni.

Semua sedap-sedap and sampai licin kitaorang bedal!
hahaha nilah sebab kami semua wajib pakai Korset Premium Beautiful.
Kalau tak pakai, seriously kembang lah jawapannya! >___<

 Photo credited to : Sha Naweerah
Pantang nampak camera! Padahal masa ni masing-masing dah lapar giler tunggu food! 

  Photo credited to : Sha Naweerah
Kalau you all bawak anak-anak and taknak dorang berendam dalam sungai tu, worry not! 
Sebab dekat BBQ Lamb KL Kemensah ni ada swimming pool and airnya datang dari air terjun dekat area Kemensah ni.
So, memang bukan anak-anak jer yang teruja, mak bapak, makcik pakcik pun boleh teruja sama! 




Photo credited to : Arni
Ni lah meja yang kitaorang booked sebelum datang sini. Teruja tak tengok?
Tak kisah dah seluar basah time ni sebab excited!
Saf advice kalau you all plan nak datang time weekend, seriously please book early sebab takut full.

Haaa apa lagi! 
Saf pun ambik peluang main air!
Sejuk betul air sungai ni.
ade certain area, airnya lebih daripada betis kita, 
So kalau you all yang jenis pantang nampak sungai, wajiblah bawak seluar dan baju spare yer :p

And please please pakai selipar kalau datang sini sebab Saf ade jugak ternampak ade serpihan botol kaca kat sini. So, it is safe kalau you all pakai selipar eventhough dalam air.



Photo Credited to : Wani
Haaa tu dia bila si kecik sabotage auntie-auntie yang tengah sibuk berposing dalam sungai.

Overall, I had fun and thank you pada Kak Isma and Ana for arranging the table talk and this picnic at BBQ Lamb KL Kemensah.

Lepas ni bolehlah kita get together for something else pulak.
Yerlah orang bisnes ni, asal jumpe jer mesti nak cakap pasal bisnes. 
Kadang-kadang kena unwind jugak untuk recharge and come back strong!

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment