Wednesday, 24 October 2018

Doa Rasulullah SAW Sebelum Memulakan Solat Malam


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sudi melawat blog Saf :)

Moga-moga information dalam blog Saf ni dapat memberi manfaat pada uols semua ya? 
Aamiin:)


Dalam entry kali ni Saf nak kongsikan sedikit ilmu daripada Ustaz Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi dalam rancangan Tanyalah Ustaz baru-baru ni sebagai rujukan Saf dan sahabat-sahabat semua. 
InshaaAllah kita amalkan yer :)
.
.
.
.
.

Doa Rasulullah berlindung dari kesempitan Mahsyar
Nabi Muhammad s.a.w sering memohon perlindungan kepada Allah dari kesempitan serta kesusahannya pada hari kiamat. 

Sebagaimana yang tercatat dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dari Rabi’ah al-Jarasy r.a, beliau mengatakan:
«سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ وَبِمَ كَانَ يَسْتَفْتِحُ 
قَالَتْ كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا وَيُسَبِّحُ عَشْرًا وَيُهَلِّلُ عَشْرًا وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا 
وَيَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي عَشْرًا 
وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ عَشْرًا» 
[أخرجه أحمد]
“Aku pernah bertanya kepada Aisyah r.ha:
 ‘(Do’a) Apakah yang biasa Rasulullah sebutkan pada ketika solat malam? 
Dan dengan bacaan apakah baginda membuka (do’a)nya?

Maka Aisyah r.ha menjawab:
“Adalah baginda mengucapkan:

Takbir (Allahu Akbar) sepuluh kali,
Tasbih (Subhanallah) sepuluh kali,
Tahlil (La ilaha ilallah) sepuluh kali,
Istighfar sepuluh kali.
Kemudian baginda berdo’a:
 “Ya Allah ampunilah diriku, berilah aku petunjuk dan rezeki” Sebanyak sepuluh kali.
Lalu berdoa lagi: 
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada–Mu dari sempitnya pada hari pembalasan”. Sebanyak sepuluh kali”. (Ahmad)
Jadikan amalan setiap qiamullail kita mencontohi amalan Rasulullah s.a.w ini.
1. Allahu akbar 10 kali
2. Subhanallah 10 kali
3. Laa ilaha illallah 10 kali
4. Istighfar 10 kali

5. Membaca doa 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي
Ya Allah ampunilah diriku, berilah aku petunjuk dan rezeki - 10 kali

6. Membaca doa kedua
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sempitnya pada hari pembalasan - 10 kali
Ustaz ada kongsi jugak dalam tanyalah ustaz yang ada 7 golongan akan dapat naungan Arasy dan salah satu darinya adalah mereka yang istiqamah bangun solat malam.

Solat Malam tak semestinya perlu dilakukan pada pukul 2-3 pagi.
Kita cuma perlu bangun awal sikit jer dari biasa.
Kalau sebelum ni kita bangun pukul 5.30am untuk bersiap ke tempat kerja, apa kata mulai sekarang kita cuba bangun pukul 5.00am pulak.

Nak bangun awal perlulah tidur awal. Ustaz Ebit ada pesan baru-baru ni, tidur sebelum pukul 12 malam akan buat kita lebih sihat. Tidur tak perlu lama. 6 jam pun dah cukup InshaaAllah :)

Lain rasanya bila kita bangun seawal 5.00am ni. Badan rasa kuat dan tak rasa mengantuk lemau jer pagi-pagi.
Kalau rasa mengantuk, boleh tidur sekejap dalam 5-15 minit sebelum Zuhur.
 InshaaAllah badan rasa segar lepas tu. 

Jom sebelum tidur malam nanti, kita sama-sama berdoa pada Allah untuk Allah pilih jadi tetamu Tahajud.
Aamiin :)

Loves,
Saff

No comments:

Post a Comment