Saturday, 17 November 2018

33 and young!

Assalamualaikum and hello everyone!
Alhamdulillah syukur pada 13 November 2018 baru ni, genaplah umur Saf 33 tahun.

I'm old dah. Walaupun ramai yang teka umur Saf between 26-27, but hakikatnya Saf kena terima yang Saf dah tak berapa nak muda lagi.

Kalau dulu waktu umur 20-an, seronok celebrate birthday. Excited nak tiup lilin, makan kek and celebrate somewhere special for memory. But once dah masuk alam 30-an ni, birthday membuatkan Saf jadi lebih banyak bersyukur dengan apa yang Saf ada. 
Maybe dari segi material ada banyak lagi yang Saf belum dapat. Tapi yang ada depan mata Saf ni, Saf sangat-sangat hargai.

Saf bersyukur sebab at this at age, I still have my parents while some of my friends dah tak punya mak ayah. Sesungguhnya bila makin banyak umur ni, bila kita masih ada mak ayah dan doa-doa mereka, itu sebenarnya HADIAH paling termahal dalam hidup. 

Thank you mak sebab mengandungkan, melahirkan, menyayangi dan membesarkan anak mak ni penuh kasih sayang. Thank you Abah sebab sentiasa berusaha mencukupkan apa yang anak-anak abah perlukan sejak kami kecil lagi.

Kawan-kawan yang terbaca post ni, mohon doakan mak ayah Saf dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan yer. 
Ada banyak lagi impian Saf with both of them masih belum dapat Saf tunaikan. I pray Allah will ease my plans.
 Aamiin :)

My siblings, my in laws, my relatives, my friends yang sentiasa mendoakan for me. Ini jugak rezeki besar daripada Allah. At this age, I just want a life yang tenang dan penuh kasih sayang. That's all yang Saf nak. 

Bila umur makin banyak ni. itu tanda ajal pun dah makin hampir. Mengingati mati itu bagus sebab itu akan jadi motivation kita untuk perbaiki ibadat kita pada Allah. 
Takut bila Saf bayangkan sorang-sorang dalam kubur tu. Jadi, selagi berpeluang buat baik, buat apa yang Allah suka, InshaaAllah I want to do it.

Saf nak ambil peluang ni untuk ucapkan banyak-banyak terima kasih pada semua yang sudi luangkan masa hantar whatsaap, sms, messenger dan post di wall FB Saf wish birthday dan doa yang baik-baik.
Thank you so much!

Indeed Saf happy baca setiap message dan doa-doa kalian. Ketahuilah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mengembirakan hati orang lain.
InshaaAllah Saf doakan pahala kebaikan buat kalian.
Aamiin.


Loves,
Saf :)