Wednesday, 12 December 2018

Dua Faktor Penting Yang Membuatkan Seseorang Itu Terpaksa Berubah Untuk Berjaya

"Take a look on your previous six (6) years. 
If you do not change, you will live exactly the same like the past six (6) years." - Jim Rohn
It's about 20 days more to welcome 2019. Cepat jer masa berlalu kan? Rasa macam baru jer mulakan tahun 2018.

So, apa preparation you all untuk mulakan tahun 2019 yang dikatakan akan semakin mencabar ni?

have you got a plan of your own?
If yes, that's great! That's mean your 2019 will be awesome!
If not, then let's start doing it now! :)

Because, if you do not have plan of your own, you will probably always fits in someone else's plan.
And guess that someone else will have plan for you?
Most probably, NOT MUCH!


This year, 2018 and kita patut tengok balik hidup kita selama 6 tahun yang lepas.
Adakah semakin baik?
Atau semakin gagal?
atau hanya berada pada level yang sama?

Apepun keadaannya, kalau kita tak buat sesuatu untuk 6 tahun akan datang, kita akan hidup dalam keadaan yang sama seperti keadaan kita pada 6 tahun yang lepas.


Today, Saf nak kongsi DUA (2), faktor penting yang membuatkan seseorang itu terpaksa BERUBAH untuk berjaya:

1/ Inspirasi (INSPIRATION)

- Seseorang itu terpaksa berubah untuk berjaya bila mereka ada seseorang yang memberi inspirasi kepada mereka.

 Normally, mereka yang memberi inspirasi ini akan menjadi idola untuk seseorang itu mencapai impian mereka. It can be anyone surrounds us that inspire us to change for better.

2/ Keadaan Terdesak ( DESPERATION)

- Ramai orang akan mula berubah bila mereka dalam keadaan terdesak. Antara contoh keadaan terdesak adalah; bila duit gaji hanya cukup-cukup makan, berumur hampir 35 tahun tapi masih belum ada saving, berat badan yang semakin obese dan mula membawa kepada masalah kesihatan, syarikat yang semakin aktif membuang pekerja dan sebagainya.

Tak semua keadaan terdesak ni buruk bagi kita. Sebab kalau takde desakan dalam hidup kita, kita takkan ada rasa untuk berubah dan keluar daripada keadaan hidup kita sekarang ni. Remember this, desperation is a GEM! 

Apa yang kita boleh buat dalam keadaan terdesak?
Buat satu senarai apa yang kita tak puas hati dengan life kita sekarang ni. It could be:
"aku penat kena hadap jammed setiap hari"
"aku bengang sebab aku tak mampu bagi ibu bapa aku RM3,000 setiap bulan!"
"aku bengang sebab aku masih hidup menyewa."
"aku bengang sebab aku layak dapat gaji RM10,000 sebulan!"

Tulis senarai tak puas hati sampai kita rasa bengang kita tu betul-betul kita dah habis keluarkan.

Bila dah ada senarai "bengang" ni, InshaaAllah kita akan mula buat plan according to what kind of life we want to live for the next six years.

Antara perkara yang kita boleh mula untuk berubah adalah dengan mulakan dengan diri sendiri dulu.

1/ Mulakan hari sebelum subuh. 
Bangun Tahajudlah maknanya tu :)
Bangun pukul 5.00am, buat solat Tahajud 2 rakaat and sambil tunggu solat subuh tu boleh mulakan dengan zikir, baca Al-Quran dan sebagainya. Time Tahajudlah waktu paling power untuk kita mintak pada Allah apa yang kita nak dalam hidup kita. Allah dah kata, "Minta pada aku. Aku akan tunaikan permintaan hamba-hambaKu". So, taknak mintak ke? :D

2/ Dengar, baca dan tengok video-video motivasi. 
Hanya mereka yang berminda positive jer yang akan mampu ubah diri mereka jadi lebih baik. Nak yang positive kena cari bahan-bahan yang postivelah yer:) Contohnya masa on the way nak pergi and balik dari kerja tu boleh dengar audio motivational speaker pilihan masing-masing.

3/ Buat senarai to do list dan daripada senarai yang ada tu, pilih dua perkara yang kita perlu buat hari tu jugak! 
- Formula kegagalan adalah bila perkara yang kita perlu buat dan boleh buat tapi kita tak buat apa-apa. So, dengan adanya senarai to do list ni, kita akan lebih focus and on track towards our own goals. Senarai to do list ni, kita boleh pecahkan kepada seminggu dan sebelum tidur tengok balik senarai to do list tu and decide 2 perkara yang wajib diselesaikan keesokkan harinya no matter what!

4/ Cari peluang.
 Contohnya dengan berniaga part-time, freelance dan sebagainya. Ingat peluang takkan datang bergolek kalau kita sendiri tak bergolek kepada peluang tu :)

5/ Cari guru yang sanggup mengajar kita capai apa yang kita nak dalam hidup. 
-Guru tu kenalah relate dengan apa yang kita nak buat. Contohnya kita nak belajar ilmu photography, tak bolehlah cari guru yang ajar cara berniaga nasi lemak yer. So, kena be clear apa yang kita betul-betul nak buat and then find a teacher who are willing to teach you knowledge that relates to your plan.




Loves,
Saff.

No comments:

Post a Comment